Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
Team QueYun berada di sini. Gaya Square Kota Kinabalu pada setiap ahad. Tamu hujung minggu yang sentiasa dipenuhi oleh para pengunjung tidak kira usia dan bangsa. Antara lokasi yang harus dikunjungi jika anda datang ke Kota Kinabalu. Ada macam-macam yang dijual di sini. Makanan, buah-buahan, kraftangan, pakaian dan banyak lagi.
.
Subuh-subuh lagi team QueYun sudah berada di sini. Tamu minggu Gaya Square dan Gaya Street mula beroperasi seawal jam 6 pagi. Kalau yang sudah biasa datang ke tamu minggu ini, booth-booth para penjual di sini telah pun bersedia seawal jam 4 pagi lagi. Bagi pengunjung yang datang awal tu, boleh lah shopping awal-awal di sini.
Rezeki awal pagi. Anty Chinese ini datang untuk kali kedua walaupun cuaca ketika ini hujan. Beli tuhau lagi untuk sahabatnya dan juga keluarga. Terima kasih anty atas sokongan yang diberi.
Booth kecil QueYun. Alhamdulillah sentiasa dikunjungi para pengunjung. Biasanya terdiri daripada para peminat tuhau. Juga yang ingin mencuba sesuatu makanan lain dari yang lain. Kami ada sediakan tester percuma untuk korang yang datang berkunjung ke booth QueYun. Jadi boleh lah try testt dahulu sebelum mahu membeli.
Pounsikou Support .
Cik adik manis dari Penampang ini singgah di booth kecil QueYun. Terima kasih kesudian bertandang serta sokongan terhadap produk QueYun yang berasaskan tuhau. Makanan tempatan Kadazan Dusun dari Sabah.
Sehari bersama FAMA untuk Program My Best Buy dan Jimat Belanja Dapur. Hari ini 02hb Febuari 2018. Program bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Lokasi pilihan program kali ini bertempat di RTM Kota Kinabalu, Jalan Kepayan.
Booth QueYun.
Seawal jama 6 pagi QueYun TUHAU sudah berada di sini. Bergerak awal untuk mengelakkan jalan yang jam.
Antara yang menarik perhatian program kali ini ialah Kendurian. Makan durian sampai hati rasa puas dengan harga RM30 sahaja. Ayam dengan harga cuma RM10 seekor. Harga memang murah dari biasanya.
Booth FAMA. Pelbagai makanan termasuk buah-buahan ada dijual
Program MY BEST BUY & JIMAT BELANJA DAPUR.
Terima kasih para pelanggan & RTM sudi singgah booth QueYun.
Terima kasih juga kepada pihak FAMA Sabah atas undangan dan peluang yang diberi untuk kami mempromosikan produk.
Kelas Fotografi, pelajaran pertama untuk Latihan Asas Keusahawanan Pi1M Taman Putera Jaya Telipok. Kelas Fotografi ini diajar oleh Pengurus Pi1M Putera Jaya, Cik Arbaya Angin.
Para peserta diajar bagaimana cara mengambil gambar produk yang betul dan menarik.
Jom tengok gaya-gaya para peserta yang juga merupakan usahawan sekitar Taman Putera Jaya.
Sebelum memulakan sesi fotografi, para peserta diajar membuat DIY Mini Studio. Menggunakan kotak terpakai dan dibalut dengan kertas putih bagi tujuan pencahayaan.
Ambil gambar produk dengan menggunakan kamera DSLR dalam Mini Studio. Tangan agak ketar-ketar semasa menggunakannya. Almaklumlah first time mencuba. Tarik nafas sikit dan shoot..😆..
Shoot bukan sekali tapi berkali-kali. Nanti boleh pilih gambar yang paling ideal untuk tujuan promosi produk nanti.
Cik akak manis jelita ini pula sedang mencuba mendapatkan gambar produknya dengan menggunakan kamera handphone. Tunduk sikit dan snap. Lightning amat memainkan peranan penting bagi mendapatkan hasil yang menarik.
Untuk kelas pertama ini, memang best belajar. Dengan sifu yang sporting, gaya penyampaian dan suasana yang santai-santai, ilmu yang diberi alhamdulillah dapat diserap.
Baca tajuk dah tahu best.. Ya, program ini memang best bagi usahawan baru mahupun yang sudah lama berkecimpung dalam perniagaan.
Kursus Keusahawanan ini dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia(Pi1M) Putera Jaya Telipok, Kota Kinabalu. Telah pun bermula pada 11hb Januari 2018 yang lalu.
Kelas diadakan setiap khamis di Pi1M Putera Jaya Telipok dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Yang paling bestnya, latihan kesusahawanan ini adalah percuma untuk ahli-ahli Pi1M yang berdaftar.
Mendaftar sebagai ahli PKS di bawah agensi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Seterusnya memohon logo Buatan Malaysia untuk Produk.
Program ini diadakan di Mini Putrajaya Kompleks Pentadbiran Kerajaan Perseketuan Sabah. Berlangsung selama dua hari bagi memberi peluang kepada para usahawan mendaftar sebagai PKS di bawah agensi KPDNKK.
Pendaftaran PKS ini juga boleh dibuat secara atas talian melalui laman http://spacedeals.1pengguna.com
Antara kelebihan usahawan PKS yang berdaftar di bawah KPDNKK adalah dapat mengikuti pelbagai program atau karnival serta kursus dan latihan keusahawanan secara percuma.
Program pemasaran pula seperti Program Citarasa Malaysia yang diadakan dengan kerjasama pasar raya besar asing seperti Giant, Tesco dan Aeon.
Promosi produk PKS di media ekektronik dan media cetak juga turur dibuat.
Dah selesai daftar sebagai usahawan PKS KPDNKK, daftar pula untuk penandaan Logo Buatan Malaysia.
Dokumen penting yang diperlukan dan contoh Produk yang didaftarkan harus disertakan.
Bagi korang yang nak mendaftar boleh lah terus ke portal rasmi Kementerian di http://kpdnkk.gov.my