Featured Post
KUIH KOU CHONG
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
Saturday, January 6, 2018
Friday, January 5, 2018
KDCA PENAMPANG SABAH
Cerita hujung tahun lalu, 2017. Sudah masuk 2018 baru berkesempatan update. Sedikit busy diawal-awal tahun ini. Hari ini baru ada kelapangan untuk update beberapa aktiviti QueYun sebelum ini.
Pameran jualan produk IKS ahli PeladangNita dari Sabah bertempat di KDCA Penampang. Selama sehari sempena pelancaran produk terbaru dari NAFAS.
Para usahawan IKS PeladangNita dijemput bersama untuk memeriahkan lagi suasana pameran.
GIANT KELOMBONG INANAM SABAH
Kami akan berada di Tamu minggu Hypermarket Giant Kelombong bermula esok. Minggu pertama untuk tahun baru 2018. Semoga berjalan lancar hendaknya nanti.
Bagi anda yang datang berkunjung ke sana esok 06.01.2018 akan mendapat FREE GIFT dari kami. Untuk anda yang datang terawal ke booth kami nanti.
Jadi jangan lupa sudi-sudikan diri untuk bertandang dan mencuba produk keluaran QueYun.
Jumpa Anda Di sana.
Friday, December 22, 2017
SOTONG MASAK SAMBAL TUHAU
Lama pula admin tidak berkongsi resepi dengan korang. Hah..kali ini resepi adalah dari makanan laut iaitu sotong. Semudah A B C nak menyediakannya. Budak tahun 6 pun boleh buat.
Jom mari tengok caranya..
Bahan-bahan:
Sotong, Tauhu kering, bawang besar, bawang putih, kunyit dan semestinya SAMBAL TUHAU QueYun.
Cara-caranya:
Panaskan minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih dan kunyit. Dah garing dan naik bau masukkan pula Sambal Tuhau Bilis keluaran QueYun. Tumis sekejap. Masukkan sotong dan tauhu kering. Gaul rata. Bubuh sedikit air (kalau nak). Gaul sebati. Dah siap masak boleh hidangkan. Makan dengan nasi panas-panas adalah kawannya yang paling ngam..😉
PEMODENAN LESEN PERNIAGAAN
Program ini diadakan di DKP 1 Universiti Malaysia Sabah pada 21 Disember 2017. Perkongsian amalan baik peratuaran: ( GRP) PEMODENAN LESEN PERNIAGAAN NEGERI SABAH, adalah anjuran Malaysian Productivity Council (MPC) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS).