Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
Bertempat di Bilik mesyuarat masjid Annur Tuaran Sabah, kursus yang bertajuk Pengurusan Perniagaan ini telah diadakan pada 09 Disember 2017. Kursus yang berlangsung selama sehari ini adalah anjuran Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah (G3PNS).
Seramai lebih 30 orang telah menghadiri kursus ini.
Para peserta kursus yang hadir.
Antara pengisian semasa kursus ialah Pengenalan Pengurusan Perniagaan Berkesan dan Rancangan Perniagaan, Pengurusan Kakitangan, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Pemasaran dan Pengurusan Kejurujualan.
Peserta diberi peluang memperkenalkan produk masing-masing. Bagi yang ada membawa produk, ini masanya untuk memperkenalkan produk. Sebab itu bila anda hendak menghadiri apa-apa kursus atau seminar, sentiasalah bawa produk bersama.
Di akhir program, ucapan penutupan dari Timbalan TYPD G3PNS En.Roslani Bin Abdullah. Seterusnya beliau menyampaiakn sijil penyertaan kepada para peserta.
Salah seorang peserta menerima sijil penyertaan dari Timbalan TYDP G3PNS.
Sebelum bersurai. Sesi bergambar bersama beramai-ramai.
Terima kasih G3PNS atas peluang ini. Mudah-mudahan akan ada lagi program seperti ini di masa akan datang.
Kali ini admin nak share satu tips untuk anda. Tips Cili Tahan Lama.
Ini adalah jenis cili yang digunakan dalam penghasilan produk QueYun. Salah satu produk yang menggunakan cili ialah Sambal Tuhau Cili Padi. Cili ini baru dipetik dari ladang. Masih segar dan cantik. Untuk nak bagi Cili ini tahan lama dan masih kelihatan segar, cara penyimpanan memainkan peranan penting.
Admin nak share bagaimana caranya.
Ambil satu bekas kedap udara dan lapiskan dengan tisu. Tisu letaklah beberapa lapis. Kemudian masukkan cili yang sudah dipetik. Pastikan cili tak basah dan tangkainya masih ada ya. Tutup cili tadi dengan tisu dan tutup dengan penutup bekas tadi.
Simpan dalam peti sejuk. Tahan selama satu hingga 3 minggu. Dah nak pakai barulah boleh ambil. Cuci dan buka tangkainya. In Shaa Allah cili tadi masih segar dan cantik kelihatan.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat ya.
Bila customer message "Tuhau suda sampai" , lega dan gembira rasanya. Boleh senyum sampai ke telinga apabila tahu oder sampai selamat ketangan tuannya. Apa lagi bila customer bagi feedback yang menggembirakan. Bertambah-tambah senyuman yang berbunga-bunga diwajah..😊
Katanya "Siap-siap dah dimasukkan ke dalam bekas"
Terima kasih buat cik adik yang sudi oder Tuhau dengan kami.
Untuk pengetahuan para pelanggan Serunding Tuhau ini boleh tahan selama enam bulan jika di masukkan ke dalam bekas kedap udara. Rasanya masih rangup dan sedap bila dimakan bersama nasi panas. Juga sedap dimakan bersam bubur panas. Atau pun dimakan begitu sahaja.
Ringkas Dan Mudah.
Sambal Tuhau Liking dan Sambal Tuhau Bilis kegemaran customer kali ini.
Segalanya mudah dengan Sambal Tuhau buatan QueYun.
Feedback dari cik adik pula kali ini. Katanya sebelum pergi kerja, sempat masak nasi goreng dengan Sambal Tuhau. Ringkas dan Mudah. Sebagai bekal di pagi Sabtu di tempat kerja.
Terima kasih atas feedbacknya. Moga akan sentiasa dimurahkan rezeki nanti..😉
Menu cik akak manis kita yang simple tapi menyelerakan. Sarapan pagi dengan Roti Sambal Tuhau. Untuk menu tengahari pula Kari Ikan Putih dan Ikan Bakar Gerunggung cicah Sambal Tuhau.
Waaww.. Siap hantar gambar selfie sedang makan. Katanya baru Breakfast dengan Roti Paun Sambal Tuhau. Terima kasih cik akak manis.
"I Tell uollss ..punya sadap"
Roti kosong sapu dengan Sambal Tuhau.
Sampai tersasul-sasul cik akak kita ini dalam message nya... Hehee..
Tapi tak apa yang penting cik akak puas hati dengan Sambal Tuhau buatan QueYun.
Hah..Ini pula menu tengahari cik akak kita masak untuk suami dan anak-anak tersayang. Kari Ikan Putih dan Ikan Bakar Gerunggung. Sambal Tuhau sebagai pencicah Ikan Bakar . Katanya " en. Abang nda pandai makan tuhau. Tapi bila rasa sikit Sambal Tuhau tu, balik-balik pula mau makan"..
Wah!! Terima kasih cik akak manis. Rasa seronok dan gembira bila customer suka dan puas hati dengan produk kita.. Terima kasih sekali lagi..😉😘