Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
Penghantaran melalui pos yang kami gunakan adalah menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia. Selalunya ada dua jenis kiriman pos yang kami gunakan. Pos Laju ataupun Pos Domestik.
Consignment Note Pos laju
Bergantung pada permintaan pelanggan. Kalau nak parcel cepat sampai. Boleh gunakan Pos Laju. Biasanya tempoh penghantaran bungkusan adalah dalam satu hingga tiga hari bekerja. Cuma untuk Pos Laju, kadar caj pengeposan ada mahal sedikit. Caj biasanya dikira bergantung berat bungkusan.
Consignment Note Pos Domestik
Tapi kalau pelanggan nak yang kos caj yang lebih jimat, boleh gunakan Pos Domestik. Untuk Pos Domestik pelanggan kena bersabar sedikit. Sebabnya kiriman bungkusan untuk Pos Domestik biasanya akan sampai dalam masa tujuh hari waktu bekerja.
Tracking number pada Consignment Note a.k.a resit pos akan kami berikan kepada pelanggan selepas pengeposan dibuat. Jadi pelanggan boleh semak status parcel melalui website Pos Laju atau menggunakan apps mobile.
Kali ini admin nak share resepi mudah, ringkas, sedap kebaboomm dari Chef kecil, Adam Adrian. Menggunakan Sambal Tuhau sebagai bahan utama. Maka terhasilah Roti Bakar Sambal Tuhau. Ringkas dan mudah. Cuma menggunakan beberapa bahan-bahan seperti dalam gambar di bawah.
Roti yang telah dibakar. Marjerin atau planta pun boleh. Dan semestinya Sambal Tuhau keluaran QueYun. Sambal yang digunakan ialah Sambal Tuhau Udang.
Dan hasilnya adalah seperti ini.. Si kecil Chef Adam cuma menggunakan empat keping roti. Kalau nak buat dua atau lebih dari empat pun boleh. Tak ada masalah. Boleh juga tambahkan sayur-sayuran seperti kobis kalau nak. Ikut rasa suka anda..
Potong segitiga atau segiempat. Atau tak potong pun tak apa. Ikut rasa suka anda..
Tu diaaa..Adam Adrian yang berminta dalam bidang masak memasak. Bila besar nanti nak jadi Chef..Katanya..(^^)..
Dah siap buat, sendiri makan..hehee..nyumm..nyumm.. sedaapp..thumb ups untuk Adam Adrian.
Nak tengok cara-cara membuat..?? Nanti admin share video di entry akan datang..
Kali ini pelajar dari POLITEKNIK Sabah pula datang bertemu dengan kami. Memilih kami untuk kerja kursus mereka iaitu Cost and Management Accounting pada . Sama seperti pelajar dari UiTM sebelum ini.
Terdiri dari empat orang pelajar. Maria, Marnin, Eleni dan Shantyefnie. Terima kasih adik-adik kerana memilih kami.
Suasana santai bersama dengan mereka. Sambil-sambil minum petang bersama. Produk ..?? Harus ada juga bersama. Agar dapat dilihat secara dekat oleh mereka.
Berpeluang merasa produk kami Sambal Tuhau, Multi Pes Tuhau dan Serunding Tuhau. Makan Kuih Cakoi dengan Sambal Tuhau. Wahh!!.. cita rasa unik dari pelajar-pelajar muda ini. Agak meriah masa ini. Adik-adik yang belum pernah tahu apa itu tuhau teruja untuk merasanya. 😊..
Alhamdulillah..adik-adik dari POLITEKNIK ini mendapat markah yang baik sekali dalam tugasan mereka. Semoga kalian berjaya dalam pelajaran dan apa juga bidang yang dilakukan.
Bertempat di Karamunsing, sekali lagi kami diberi peluang oleh FAMA untuk menyertai expo ini untuk tahun ini, 2017. Berlansung selama tiga hari. Bermula pada 3 Mac dan berakhir pada 5 Mac.
Terima kasih kepada pihak FAMA yang sentiasa memberi peluang untuk kami memperkenalkan produk-produk kami melalui program ini. Semoga akan ada lagi program seperti ini menyusul dimasa akan datang.
Alhamdulillah sambutan agak baik. Terima kasih kepada semua pelanggan yang datang ke booth kami QueYun Enterprise.
Bagi yang tidak berpeluang untuk merasa dan membeli produk kami, jangan risau anda boleh hubungi kami melalui talian 012 8019875 atau 011 35282909.
.
|
E-Usahawan anjuran MDEC |
Seminar E-Usahawan ini meupakan satu program anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Tujuannya adalah memberi latihan keusahawanan digital kepada para usahawan mikro.
Antara yang dipelajari oleh peserta adalah;
- Facebook or Busines
- Instagram for Busine
- WhatsApp Marketing
- Copywriting Techniques
- Search Engine Optimization (SEO)
- Google Trend & Google Keyword
Yang lebih menrik lagi, Program ini adalah secara PERCUMA diberikan. Bagi yang ada peluang untuk menyertai Seminar E-Usahawan ini, jangan lepaskan peluang untuk mempelajari ilmu keusahawanan digital anjuran MDEC ini.
|
Bersama Sifu Jay dan usahawan muda, Nabeel |
Bersama dengan sifu Jay dalam seminar tersebut. Banyak input yang sangat membantu dapat diserap melalui program sehari ini. Di tambah lagi dengan perkongsian Cik Nabeel. Seorang usahawan muda dari Sabah top-6 E-Usahawan Malaysia. Beliau berkongsi pengalamannya dalam memasarkan produknya secara digital.