Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
Bertempat di Karamunsing, sekali lagi kami diberi peluang oleh FAMA untuk menyertai expo ini untuk tahun ini, 2017. Berlansung selama tiga hari. Bermula pada 3 Mac dan berakhir pada 5 Mac.
Terima kasih kepada pihak FAMA yang sentiasa memberi peluang untuk kami memperkenalkan produk-produk kami melalui program ini. Semoga akan ada lagi program seperti ini menyusul dimasa akan datang.
Alhamdulillah sambutan agak baik. Terima kasih kepada semua pelanggan yang datang ke booth kami QueYun Enterprise.
Bagi yang tidak berpeluang untuk merasa dan membeli produk kami, jangan risau anda boleh hubungi kami melalui talian 012 8019875 atau 011 35282909.
.
|
E-Usahawan anjuran MDEC |
Seminar E-Usahawan ini meupakan satu program anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Tujuannya adalah memberi latihan keusahawanan digital kepada para usahawan mikro.
Antara yang dipelajari oleh peserta adalah;
- Facebook or Busines
- Instagram for Busine
- WhatsApp Marketing
- Copywriting Techniques
- Search Engine Optimization (SEO)
- Google Trend & Google Keyword
Yang lebih menrik lagi, Program ini adalah secara PERCUMA diberikan. Bagi yang ada peluang untuk menyertai Seminar E-Usahawan ini, jangan lepaskan peluang untuk mempelajari ilmu keusahawanan digital anjuran MDEC ini.
|
Bersama Sifu Jay dan usahawan muda, Nabeel |
Bersama dengan sifu Jay dalam seminar tersebut. Banyak input yang sangat membantu dapat diserap melalui program sehari ini. Di tambah lagi dengan perkongsian Cik Nabeel. Seorang usahawan muda dari Sabah top-6 E-Usahawan Malaysia. Beliau berkongsi pengalamannya dalam memasarkan produknya secara digital.
Multi Pes Tuhau ini boleh digunakan dalam pelbagai menu atau resepi anda. Samada di campurkan dalam masakan ikan, ayam, daging, sup atau sebagai pencicah pun boleh. Terpulang dengan cita rasa anda masing-masing.
|
MULTI PES TUHAU |
Di bawah ini admin berikan pic beberapa cara kegunaan Multi Pes Tuhau Queyun boleh anda cuba.
|
Ikan Siakap Masak Tuhau |
Resepi ikan yang menggunakan Multi Pes Tuhau. Korang boleh tengok resepi di SINI untuk Ikan Siakap Masak Tuhau ini. Mudah..Ringkas Dan Sedaapp.. (~_^)
|
Tuhau Pencicah |
Multi PesTuhau juga boleh dijadikan sebagi pencicah makanan. Tambahkan cili padi bagi menambah rasa pedas. Tak bubuh pun boleh juga.
|
Nak campurkan dalam Kerabu pun boleh. Terpulang jenis kerabau apa yang anda buat..
Kerabu Mangga..Kerabu Timun atau apa-apa saja. Paling sedap campur dalam Menu Kerabu Rumpai Laut. Hanyir rumpai tu akan berkurang..
|
Yang ini paling bestt.. Campurkan dalam sup. Bubuh dalam 2 sudu gitu..hmmm terasa bertambah sedap supnya. Boleh juga bubuh dalam mee sup. Tambah cili sikit..Fuhh memang terankat..(~_^)..
Bagi penggemar makanan laut, Multi Pes Tuhau juga sangat sesuai dimakan bersama. Dalam pic di atas ini ialah Tiram panggang yang boleh korang apatkan di Kelapa Bakar Salut. Tiram panggang tu bubuh dengan pes tuhau dan perah dengan limau sedikit. Jangan lupa cili padi untuk bagi umpphhhh rasanya lagi.
Resepi ringkas dari QueYun,
TELUR DADAR PES TUHAU. Jom tengok caranya. Semudah A..B..C dengan menggunakan
Multi Pes Tuhau QueYun.. (^_~)...
|
TELUR DADAR PES TUHAU |
Bahan-Bahan:
1.2 Biji Telur
2. Muli Pes Tuhau
3. 1 Sudu Minyak Masak
Cara-Cara:
Panaskan satu sudu minyak dalam kuali. Masukkan Multi Pes Tuhau QueYun. Goreng hingga naik bau wangi. Kemudian masukkan telur dua biji atau ikut suka hati ke dalam kuali. Kacau sebati. dan Siappp....
MUDAH..RINGKAS..CEPAT...Jom Try Testt..(~_^)
Tak perlu letak perasa sebab dalam pes tuhau tu sudah ada perasanya.
|
Multi Pes Tuhau keluaran QueYun Ent.
|
Satu lagi menu perkongsian dari Kak Da. NASI PANAS & JERUK TUHAU.
|
NASI PANAS & JERUK TUHAU |
Menu yang memang kena dengan lauknya. Jeruk Tuhau yang rasanya masam-masam pedas, dimakan bersama nasi panas-panas, petai dan ikan bilis. FUHH!!!.. Soo sedappp...
|
Menu Kak Da |
Menu Banjir kata Kak Da...Moga segalanya di permudahkan di sana.. Apa pun terima kasih Kak Da atas perkongsian menu ini..