Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
Satu lagi menu perkongsian dari Kak Da. NASI PANAS & JERUK TUHAU.
|
NASI PANAS & JERUK TUHAU |
Menu yang memang kena dengan lauknya. Jeruk Tuhau yang rasanya masam-masam pedas, dimakan bersama nasi panas-panas, petai dan ikan bilis. FUHH!!!.. Soo sedappp...
|
Menu Kak Da |
Menu Banjir kata Kak Da...Moga segalanya di permudahkan di sana.. Apa pun terima kasih Kak Da atas perkongsian menu ini..
|
NASI GORENG TUHAU. Versi Sabah |
NASI GORENG TUHAU, resepi pagi Kak Da dari Kelantan. Sedap dan menyelerakan sebagai santapan pagi.
|
Bahan-bahan NASI GORENG TUHAU |
Ini adalah antara bahan-bahan yang digunakan oleh Kak Da. Udang, Bilis, Syur kubis, Cili, Telur Bawang, Ikan Masin.. Bahan-bahannya simple sahaja. Tapi hasilnya cukup menyelerakan dengan gabungan Sambal Tuhau dan Serunding Tuhau keluran QueYun.
|
Nasi Goreng |
Dan ini lah dia...Hasil air tangan Kak Da yang sememangnya pandai mengolah resepi. ..Yumm..Yummy..membuatkan orang terliur..(^_~).
Bagi yang belum mencuba Sambal Tuhau dan Serunding Tuhau keluaran QueYun, bolehlah dapatkan sekarang..
KREDIT PIC:
Kak Da
Bagi yang ingin membuat tempahan Tuhau Segar boleh menghubungi kami terus untuk keterangan selanjutnya.
|
Tuhau yang baru dituai |
|
Tuhau Segar |
Kulit Tuhau tidak dibuka bagi mengekalkan kesegarannya. Tuhau Segar yang belum diproses sesuai dijadikan sebagi sayur atau pun ulam. Boleh ditumis atau pun dicampurkan dalam masakan sepert Ayam Masak Kicap.
Bagi yang ingin menjadikannya jeruk, boleh lihat video Cara Membuat Jeruk Tuhau di
SINI
|
Tuhau Segar |
Tempahan adalah mengikut permintaan dari pelanggan. Samada mahukan batang dan isi atau sebaliknya.
"JUMPA KAMI DI MAHA!!!".. Copy Paste ayat dua watak animasi terkenal di Malaysia iaitu Upin dan Ipin yang merupakan Maskot Rasmi sempena Pameran MAHA 2016..(^_^). Pameran MAHA 2016 ini berlangsung selama 11 hari. Bermula pada 1 Disember hingga 11 Disember ini.
Pameran ini diadakan di Tapak Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor. Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA2016) ini akan dirasmikan oleh Perdana menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bertemakan Our Food Our Future, MAHA 2016 kali ini menampilkan 1,500 gerai pameran. Pameran ini disertai oleh agensi kerajaan dan swasta yang juga membabitkan peserta luar negara.
Hari ini merupakan hari pertama Pameran MAHA 2016. Ada macam-macam yang akan dipamerkan. Antara yang menarik ialah, Seminar Perniagaan, Pelancaran Produk, Persembahan Kebudayaan, Agro Bazaar, Pelancongan Tani dan banyak lagi.
Antara tarikan terbaru untuk kali ini ialah, Kampung Durian Runtuh Upin & Ipin, Kampung Mak Cun, Festival Muzik Ritma Petani dan Tapak Perkhemahan 5,000 remaja sepanjang expo berjalan.
|
SAMBAL TUHAU BILIS DI MAHA 2016 |
Produk QueYun juga tak ketinggalan berada di sana. Dapatkan Sambal Tuhau Bilis QueYun, 100% keluaran Bumiputera Islam.
Kepada ibu bapa yang sedang mencari destinasi cuti-cuti Malaysia, datanglah ke MAHA 2016. Rangka percutian anda untuk berkunjung ke Pameran Pertanian terbesar Malaysia ini. Jangan lupa bawa duit lebih tau.. Dapatkan produk makanan dan juga hasil pertanian Malaysia terbaik di MAHA 2016.
SUMBER:
Berita Harian
Panduan Malaysia
maha.gov
|
Roti Dan Sambal Tuhau |
Roti dan Sambal Tuhau??...pun sesuai..^_^.. Sapukan sambal atas roti dan boleh dimakan macam itu saja. Sedap dijadikan sebagai santapan pagi ataupun bila-bila saja.
Ada dua jenis Sambal Tuhau keluaran QueYun. Sambal Tuhau Bilis dan Sambal Tuhau Udang. Admin gunakan Sambal Tuhau Bilis untuk sapuan atas roti.
Bagi yang belum cuba..Jom cuba..Jom Try Testt..^_