Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
Komen dari customer dari Beluran Sandakan, SABAH yang oder produk tuhau dari kami. Terima kasih banyak-banyak atas komen. Alhamdulillah komen yang positif. Jika ada kekurangan pihak kami akan cuba perbaiki.
Yang ini pula dari Tuaran, SABAH. Produk yang dibeli ialah Multi Pes Tuhau. Siap bagi resepi lagi. Sup Ikan Pes Tuhau. Ringkas tapi menyelerakan dengan tambahan buah mangga muda dalam sup. Ditambahkan lagi dengan pes tuhau menaikkan aroma tuhau yang membangkit selera.
JOM TRY TEST... (^^)..
Terima Kasih
kepada staf-staf Pusat Internet 1 Malaysia(PI1M) Putera Jaya, Telipok, Sabah
kerana datang memberikan sokongan kepada QueYun TUHAU semasa karnival jualan produk Sabah anjuran FAMA baru-baru ini. Gembira dan terharu dengan
kedatang mereka.
Kejutan pertama, kedatangan gadis comel staf PI1M
Putera Jaya, Telipok Aida Natasha ke booth QueYun TUHAU. Tidak sangka
sebenarnya sebab admin tidak diberitahunya untuk datang. Apapun terima kasih kerana kesudian menjenguk. Cuma sayang, tidak sempat ambil
gambar bersama ketika itu.
Hari ketiga karnival
berlangsung, Pengurus PI1M Putera Jaya, Cik Arbaya Angin pula datang menjenguk.
Beliaulah yang banyak memberikan tunjuk ajar dari segi reka bentuk label produk
menggunakan photoshop, pengurusan kewangan menggunakan Microsof Excel, membuat
profile Syarikat dan produk menggunakan Power point. Blog tuhauqueyun ini juga adalah hasil bimbingan dan tunjuk ajar dari beliau.
|
Tunjuk ajar dari seorang SIFU |
Bila hati ikhlas
membantu, Tidak kira tempat tetap memberikan tunjuk ajar, nasihat dan juga
pandangan. Orangnya kecil molek sahaja tapi berjiwa besar dan tidak kedekut ilmu. Segala ilmu yang ada dicurahkan untuk membantu usahawan untuk lebih maju lagi ke hadapan.
Dari kiri, gambar
bersama dengan Lan wakil pengusaha prduk sejukbeku dari Tuaran, Kak Asmawati pengusaha kerepek pisang dari Telipok Ria dan Pengurus PI1M Putera Jaya Telipok Cik Arbaya Angin.
Terima kasih
sekali lagi kerana sokongan kedua-dua staf dari PI1M Putera Jaya, Telipok
terhadap QueYun TUHAU.
Bagi yang belum pernah melihat pokok
TUHAU, macam inilah rupa bentuknya.
"Tuhau" adalah sebutan dalam bahasa Kadazan Dusun. Ada juga yang memanggilnya sebagai
"Terivad" .Nama saintifiknya menurut
Wikipedia ialah E. Coccinea. Dalam bahasa Iban tumbuhan herba ini dikenali sebagai
"Upak Kecalak" juga dipanggil "Tepus".
|
Pokok Tuhau |
Pokok tuhau biasanya akan tumbuh subur di kawasan yang redup atau terlindung. Kalau mahukan tuhau yang muda dan lembut, ambil anak pokok tuhau yang masih kecil-kecil. Jangan cabut pokok tuhau yang sudah agak tinggi sebab batang dan umbutnya keras. Maksudnya pokoknya sudah tua dan tidak boleh dimakan.
|
UMBUT POKOK TUHAU |
Gambar di atas ini ialah bahagian umbut tuhau. Bahagian ini sedap jika dicampurkan dalam masakan "Ayam Masak Kicap", dalam sup ikan dan yang paling terbaik ialah dijadikan sebagai jeruk. Campur dengan cili, cuka atau limau, sedikit garam dan gula. Maka jadilah ia sebagai pembuka selera yang menyelerakan. Selain umbutnya, bahagian batang pokok tuhau juga boleh dimakan. Kopek kulitnya untuk mendapatkan batang tuhau yang lembut.
|
DAUN POKOK TUHAU |
Yang ini pula bahagian pucuk pokok tuhau. Tumbuhan ini tumbuh seperti halia dan juga lengkuas. Ia mempunyai bau yang agak kuat seperti bau serangga "Pesisang". Sesetengah orang tidak sukakan makanan tradisional yang popular di Sabah ini kerana baunya. Tapi bagi peminat tuhau, lagi kaut baunya lagi ia mengangkat selera makan.
Pokoknya rendah sahaja sebab pokok tuhau yang diambil ini adalah yang masih muda. Tumbuhan herba ini tidak tumbuh berkelompok. Ia akan tumbuh jauh-jauh dari induknya. Hanya pokok tuhau yang muda sahaja yang sesuai untuk dimakan.
Untuk pengetahuan pembaca, pokok tuhau ini juga mempunyai bunga seperti bunga kanatan dan juga berbuah. Admin akan kongsikan gambar bunga dan buah tuhau di entry yang lain.
Selama tiga hari berturut-turut Karnival Jualan Produk Sabah anjuran FAMA yang berlangsung baru- baru ini. Bermula dari 25 Mac 2016 hingga 27 Mac 2016. Bertempat di Kompleks Karamunsing, Sabah. Para usahawan seluruh Sabah dijemput oleh pihak FAMA untuk menyertai karnival ini.
|
Karnival Jualan Anjuran FAMA Sabah. |
QueYun TUHAU juga telah dijemput oleh pihak FAMA untuk turut serta karnival jualan ini.
|
Produk QueYun TUHAU |
Antara produk QueYun TUHAU yang mendapat sambutan dari pengunjung yang datang ialah Serunding Tuhau, Sambal Tuhau, Jeruk Tuhau Pedas dan Multi Pes Tuhau.
|
booth QueYun TUHAU |
Terima kasih kepada pengunjung yang datang memberikan sokongan. Terima kasih juga kepada pihak FAMA yang telah memberikan peluang kepada QueYun TUHAU untuk menyertai karnival ini.
Antara produk yang
dikeluarkan oleh QueYun Enterprise
adalah Jeruk Tuhau Pedas, Jeruk Tuhau Asamboi dan Serunding Tuhau Bilis.
Produk yang
terbaru yang
dikeluarkan oleh QueYun
Enterprise ialah
Multi Pes Tuhau dan Sambal Tuhau. Diharap produk terbaru keluaran dari syarikat ini mendapat sambutan menggalakkan dari pelanggan khususnya bagi peminat makanan berasaskan tuhau.
Pembungkusan produk QueYun
Enterprise adalah bersaiz sederhana kecil. Ianya memudahkan ia dibawa kemana-mana. Amat sesuai jika dijadikan sebagai ole-ole untuk saudara mara dan kawan-kawan bagi para pelancong yang
datang ke Negeri
Sabah.
|
SERUNDING TUHAU
(50gm) |
|
JERUK TUHAU PEDAS
(230 gm) |
|
JERUK TUHAU ASAM BOI
(230 gm) |
|
MULTI PES TUHAU (Baru )
(230 gm) |
|
Sambal Tuhau Bilis (Baru) |
|
Sambal Tuhau Cili Padi (Baru) |