Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
Antara produk yang
dikeluarkan oleh QueYun Enterprise
adalah Jeruk Tuhau Pedas, Jeruk Tuhau Asamboi dan Serunding Tuhau Bilis.
Produk yang
terbaru yang
dikeluarkan oleh QueYun
Enterprise ialah
Multi Pes Tuhau dan Sambal Tuhau. Diharap produk terbaru keluaran dari syarikat ini mendapat sambutan menggalakkan dari pelanggan khususnya bagi peminat makanan berasaskan tuhau.
Pembungkusan produk QueYun
Enterprise adalah bersaiz sederhana kecil. Ianya memudahkan ia dibawa kemana-mana. Amat sesuai jika dijadikan sebagai ole-ole untuk saudara mara dan kawan-kawan bagi para pelancong yang
datang ke Negeri
Sabah.
|
SERUNDING TUHAU
(50gm) |
|
JERUK TUHAU PEDAS
(230 gm) |
|
JERUK TUHAU ASAM BOI
(230 gm) |
|
MULTI PES TUHAU (Baru )
(230 gm) |
|
Sambal Tuhau Bilis (Baru) |
|
Sambal Tuhau Cili Padi (Baru) |
|
Nasi Goreng Tuhau |
Resepi Nasi Goreng Tuhau:
Bahan:
- Nasi Putih
- Bawang Putih
- Serbuk Kunyit
- Jeruk Tuhau Pedas (Ditoskan)
Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan Jeruk Tuhau yang telah ditoskan. Kacau hingga naik bau. Masukkan nasi putih dan gaul. Kemudian bubuh garam dan serbuk perasa ikut suka hati. Siap.
Sedap dimakan semasa panas-panas. Boleh juga campur dengan bilis, sotong, udang atau apa-apa saja campuran yang disukai.
QueYun
Enterprise merupakan syarikat yang
mengeluar serta membekal produk makanan tradisional yang
popular di kalangan masyarakat tempatan di
Sabah.
Produk yang
dikeluarkan oleh QueYun
Enterprise, adalah berasaskan sejenis tumbuhan yang
dikenali oleh kaum Kadazan Dusun di
Sabah sebagai TUHAU
atau nama saintifiknya,
E.Coccinea. Ianya sejenis tumbuhan yang
dikategorikan sebagai herba yang banyak tumbuh meliar di hutan hujan Kepulauan Borneo.
Pokok Tuhau yang
digunakan oleh QueYun
Enterprise adalah yang
terpilih. Hanya pokok Tuhau yang
masih muda yang
akan digunakan dan ia diambli dari kawasan perkampungan yang
jauh dari pencemaran.
|
TUHAU |
NAMA SYARIKAT : QUEYUN ENTERPRISE
ALAMAT PREMIS : LRG 17, TAMAN PUTERA JAYA, TELIPOK, KOTA KINABALU,SABAH
NO PENDAFTARAN :
20940
NO TELEFON : 0128019875 (WhatsApp/SMS)
BLOG : tuhauqueyun.blogspot.my
IG/FB : QueYun TUHAU
TARIKH DITUBUHKAN : 04
OGOS 2015
JENIS PERNIAGAAN : PEMBUAT DAN PEMBEKAL
MAKANAN TRADISIONAL BERASASKAN TUHAU
NO AKAUN :
160072534799 (MAYBANK)
BENTUK PERNIAGAAN : PEMILIKAN TUNGGAL
|
JERUK TUHAU GORENG
Jeruk Tuhau Pedas yang telah digporeng. Dimakan berama kacang bendi dan nasi panas. Memang sedap dan terbaik..(^^)
Mudah saja membuatnya. Bawang merah, bawang putih, belacan dan Jeruk Tuhau Pedas yang ditos digoreng bersama. Kalau mahu rasa yang lagi pedas boleh tambah denga cili merah.
|