Featured Post

KUIH KOU CHONG

Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...

Sunday, April 19, 2020

BELI TUHAU DI SHOPEE

0

Beli Tuhau di Shopee

Buat peminat Produk QueYun, anda juga boleh mendapatkan Sambal Tuhau Dan Serunding Tuhau di Shopee.

Klik link dibawah untuk tempahan sekarang
1.Sambal Tuhau Bilis
2.Sambal Tuhau Udang
3.Serunding Tuhau Crunchy




Tuhau, sambal tuhau, sambal, QueYun  QueYunTuhau makanan sabah
SERUNDING  TUHAU CRUNCHY 

Tuhau, sambal tuhau, sambal, QueYun  QueYunTuhau makanan sabah
SAMBAL  TUHAU UDANG & SAMBAL  TUHAU BILIS 

Terima kasih tidak terhingga atas sokongan anda terhadap Produk QueYun.
Stay At Home, Stay Safe buat anda semua sepanjang tempoh PKP.😊 


Friday, April 17, 2020

BELI TUHAU ONLINE

0

Atas permintaan dari pelanggan dan peminat produk QueYun, tempahan online dibuka semula sepanjang tempoh PKP ini .
Kiriman pos akan berjalan seperti biasa.

Bagi pelanggan berada sekitar Kota Kinabalu, pihak kami ingin memohon maaf kerana COD masih belum dibuka lagi.

Bagi memudahkan urusan tempahan online anda boleh terus menghubungi kami melalui link WhatsApp dibawah ini;
https://wa.me/60128344348text=BeliTuhauOnline%3F
https://wa.me/60128019875text=BeliTuhauOnline%3F

Senarai Produk QueYun:
1.SAMBAL TUHAU UDANG
2.SAMBAL TUHAU BILIS
3.SOS TUHAU CILI
4.SERUNDING TUHAU CRUNCHY 

Terima Kasih atas sokongan anda terhadap produk QueYun. 



Wednesday, March 25, 2020

BEROPERASI SEMULA SELEPAS PKP

0

Kuih kosong cicah Sambal Tuhau


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan 14 hari lagi.

Untuk makluman semua peminat produk tuhau keluaran QueYun, diketika keadaan sekarang ini,  penghantaran pos serta COD dihentikan buat sementara waktu. In Shaa  Allah akan beroperasi semula bila berakhirnya PKP nanti.

Buat para pelanggan produk QueYun, terima kasih tidak terhingga atas sokongan anda. Ada yang hendak repeat oder dan minta diposkan. Tidak kurang juga yang mahu minta COD di sekitar Kota Kinabalu.  Alhamdulillah, produk QueYun  menepati cita rasa para peminat Tuhau.

Mari kita sama-sama jalankan tangunjawab masing-masing. Patuhi PKP dengan sentiasa berada di rumah. Semoga kita semua sentiasa sihat walafiat dan sentiasa berada di bawah lindungaNYA. Moga akan berakhir cepat isu Covid19 yang sedang melanda dunia sekarang ini.


P/S: Resepi Kuih Kosong kita kongsi di entry lain nanti.


Friday, January 17, 2020

PUSAT PAMERAN & JUALAN IKS SABAH

0

Image may contain: night and outdoor
PUSAT PAMERAN & JUALAN IKS SABAH
Lokasi: SME PRODUCTS CENTER,
Tingkat Bawah, Block C,
 Wisma Tun Fuad Stephens, Karamunsing
Masa Beropersai: 8am - 5pm (Isnin-Jumaat)
Pusat Pameran & Jualan IKS Sabah, satu lagi lokasi di Kota kinabalu, produk QueYun Brand boleh anda dapati. Bertempat di bangunan Wisma Tun Fuad Stephens Karamunsing, Kota Kinabalu.

QueYun, QueYunTuhau, tuhau, lokasi
Produk QueYun Brand ada di sini
Bagi anda yang berada berdekatan bolehlah singgah untuk membeli Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand.  Ada dua jenis Sambal Tuhau yang anda boleh dapatkan iaitu Sambal Tuhau Udang dan Sambal Tuhau Bilis.


QueYun, QueYunTuhau, Tuhau, shoes
kraftangan

Terdapat pelbagai lagi produk yang anda boleh pilih-pilih di sini. Kerepek, biskut, sos, produk kesihatan, pakaian tradisional, kraftangan dan macam-macam lagi. Semua produk merupakan keluaran usahawan tempatan di Sabah.

Apa yang lebih menarik lagi, Pusat Jualan & Pameran Produk IKS ini, ada membuat tempahan hamper/gift bagi yang berminat. Hamper/gift boleh dibuat mengikut bajet yang diminta.


Kredit Pic:BEST Of SABAH (@IK Sabah)


Thursday, December 26, 2019

USAHAWAN TUHAU PENERIMA ANUGERAH USAHAWAN SABAH 2019 (AUS2019)

0



12.12.19, malam Anugerah Usahawan Sabah 2019 (AUS2019) berlangsung di The Magellan Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu Sabah.

Tahniah!! Puan Eriy Dusun,Usahawan Produk berasaskan Tuhau di bawah Brand QueYun kerana terpilih  salah seorang penerima Anugerah Usahawan Sabah 2019.


Anugerah ini dasampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau,

Terima kasih tidak terhingga kepada Kementerian Perdagangan & Perindustrian (DIDR), atas anugerah ini. Semoga dengan anugerah ini akan menjadi penaik semangat dan motivasi agar Produk QueYun akan terus berkembang maju di dalam dan luar negeri.





google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0