Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
Satu Daerah Satu Industri (SDSI). Anjuran bersama Kerajaan Negeri Sabah, DIDR, MID dan MPS. Kali ini SDSI berkampung di Plazza Harbour Mall, Sandakan SABAH. Selama tiga hari akan berlangsung. Bermula 4hb sehingga 6hb Ogos 2017.
QueYun berpeluang bersama warga Sandakan tahun ini. Bersama-sama dengan para usahawan yang lain menyertai EXPO besar-besaran ini. Terima kasih kepada para penganjur yang berusaha untuk menjayakan program ini. Usaha yang amat membantu para IKS bagi memperkenalkan produk masing-masing.
Warga Sandakan datang jangan tak datang..
Terdapat banyak produk-produk yang super best-best menanti anda. Warga Sandakan jangan lepaskan peluang datang ke Plazza Harbour Mall nanti ya. Jumpa para Usahawan dengan produk masing-masing yang pelbagai. Khas dibawa untuk anda yang berada di Sandakan nanti
Selain itu ada banyak aktiviti diadakan sepanjang Expo diadakan. Seperti Sandakan's Got TALENT, cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah yang wow!!. Aktiviti menarik, artis jemputan dan ceramah perniagaan.
Hah!! Apa lagi. Jom datang berami-ramai. Jom support produk tempatan kita. Sambil-sambil berhujung minggu bersama keluarga dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan.
Jumpa anda di sana!!😉
Mari pigi Tamu Peladang besok. 7 Julai 2017. Bermula 6 pagi hingga ke petang. Bertempat di Perkarangan Agro Bazaar PPK Tuaran.
Ada macam-macam di sana.
Telur masin, sayur-sayuran, buah-buahan, daging puyuh goreng, bunga dan banyak lagi produk tempatan yang dipasarkan. Tamu ini adalah anjuran Kumpulan Peladangnita PPK Tuaran buat pertama kalinya.
Kalau ke Tuaran singgah-singgahlah esok ya. Tengok-tengok mana yang berkenan. Kami juga turut ada bersama. Jeruk Tuhau, Jeruk Ikan dan Sambal Tuhau kami bawakan untuk anda.
Jumpa esok ya!!😉
Entry info mengenai Tuhau hari ini. Tuhau ada dua jenis warna. Satu warna putih. Satu lagi warna pink kemerah-merahan. Macam dalam gambar di bawah.
Yang ini sudah pun dikupas dan dipotong pendek-pendek kemudian dihiris. Bau tuhau ini pun berbeza mengikut warnanya.
Tuhau berwarna pink kemerah-merahan agak kuat baunya berbanding yang warna putih.
Hah! Yang ini batang tuhau dengan isinya.. admin ada postkan di entry sebelum ini.
Nampak tak batang tuhau tu lebih besar dari ibu jari. Gemuk dan sihat tuhau ini hehee.
Kalau dijadikan jeruk. Warna jeruk juga agak kemerah-merahan jika tuhau merah lebih banyak dari tuhau putih. Jika tuhau putih pula, jeruk tuhau lebih nampak cerah.
In Shaa Allah Admin akan kongsikan gambar jeruk tu di entry yang lain ya..😊