Wednesday, November 9, 2016

KARNIVAL TANI UMS FAKULTI PERTANIAN LESTARI SANDAKAN 2016

0

Bertempat di UMS Fakulti Pertanian Lestari Sandakan, QueYun Tuhau berkampung selama tiga hari dari 28hb hingga 30hb October 2026. Buat pertama kalinya kami datang ke Sandakan untuk mempromosikan produk makanan tradisional QueYun yang berasaskan Tuhau.

KARNIVAL TANI, QUEYUN TUHAU, TUHAU, SAMBAL TUHAU, JERUK TUHAU, SERUNDING TUHAU, TUHAU BORNEO
Karnival Tani UMS, Fakulti Pertanian Lestari Sandakan,
SABAH.

Di bawah agensi FAMA, kami dijemput oleh pihak UMS Fakulti Pertanian Lestari Sandakan untuk memeriahkan lagi Karnival Tani 2016 anjuran mereka. Terima kasih FAMA yang sentiasa memberi peluang usahawan IKS seperti kami. Terima kasih juga buat UMS Sandakan yang sudi menjemput untuk kami mendekatkan diri dengan para pelanggan sekaligus memperkenalkan produk QueYun.


KARNIVAL TANI UMS, TUHAU, SAMBAL TUHAU, SERUNDING TUHAU, TUHAU BORNEO
QueYun Tuhau

Antara produk QueYun yang dibawa khas untuk warga Sandakan yang belum pernah mencuba produk kami. Jeruk TuhauMulti Pes TuhauSambal Tuhau Udang dan Sambal Tuhau Bilis


KARNIVAL TANI UMS, TUHAU, SAMBAL TUHAU, SERUNDING TUHAU, JERUK TUHAU, PES TUHAU, TUHAU BORNEO
Belum cuba?..Belum Try?..
Jom Cuba..!!Jom Try Testt!! (^_^)

Sambutan dari pengunjung yang datang tak henti sangat memberangsangkan. Ada juga pengunjung yang tak tahu apa itu TUHAU dan tak pernah melihat Pokok Tuhau. Nasib baik lah masa itu admin ada bawa sebatang tuhau. Mudahlah sikit untuk menerangkan pada mereka apa itu tuhau. walaupun pokok tuahu yang dibawah telah sedia dikupas. 

Bagi yang memang sudah sedia mengenali, nak pula tuhau yang belum diproses. Lepas ini kalau datang ke Sandakan  kena bawalah pokok tuhau yang belum dikupas...(^-^)

KARNIVAL TANI UMS, SAMBAL TUHAU, TUHAU, JERUK TUHAU, SERUNDING TUHAU, PES TUHAU, TUHAU BORNEO, TUHAU ASLI
cik akak lai..lai..Mari datang dekat..Try Testt Sambal Tuhau..

Antara produk yang laris habis terjual ialah Sambal Tuhau Bilis  dan juga Sambal Tuhau Udang. Tak sangka sambutan dari warga Sandakan sangat-sangat woww..Walaupun untuk pertama kalinya mereka mencuba. 

TUHAU BORNEO, SAMBAL TUHAU BILIS SEDAP, JERUK TUHAU
Daging Puyuh Goreng cicah dengan Sambal Tuhau..
Cik akak manis ini pula beli Sambal Tuhau sebagai pencicah produknya iaitu Daging Puyuh Goreng. Secara tidak langsung akak ini telah mempromosikan produk Sambal Tuhau QueYun. Ada pengunjung yang datang ke booth kami, kerana telah mencuba Sambal Tuhau dari cik akak ini. Terima kasih kakak yang manis..^-^.. Moga sentiasa dimurahkan rezeki..


feedback tuhau, TUHAU BORNEO, SAMBAL TUHAU, QUEYUN TUHAU
Terima kasih repeat oder..

Alhamdulillah, repeat oder dari pelanggan yang datang berkunjung ke Karnival Tani UMS Sandakan. Terima kasih warga Sandakan atas sokongan anda.






Related Posts:

  • BENGKEL SKIM PENSIJILAN MeSTI Bengkel Skim Pensijilan MeSTI Selama dua hari bengkel Skim Pensijilan MeSTI ini berlangsung. 19hb dan 20hb Febuari 2018. Bertempat di Hotel Klagan, Kota Kinabalu, Sabah. Bengkel ini adalah anjuran Bahagian Industri A… Read More
  • LATIHAH ASAS KEUSAHAWANAN PI1M PUTERA JAYABaca tajuk dah tahu best.. Ya, program ini memang best bagi usahawan baru mahupun yang sudah lama berkecimpung dalam perniagaan. Kursus Keusahawanan ini dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia(Pi1M) Putera Jaya Telipok, Kot… Read More
  • KDCA PENAMPANG SABAHCerita hujung tahun lalu, 2017. Sudah masuk 2018 baru berkesempatan update. Sedikit busy diawal-awal tahun ini. Hari ini baru ada kelapangan untuk update beberapa aktiviti QueYun sebelum ini. Pameran jualan produk IKS ahli Pe… Read More
  • PENDAFTARAN USAHAWAN PKS KPDNKKMendaftar sebagai ahli PKS di bawah agensi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Seterusnya memohon logo Buatan Malaysia untuk Produk. Program ini diadakan di Mini Putrajaya Kompleks Pentad… Read More
  • PROGRAM MY BEST BUYSehari bersama FAMA untuk Program  My Best Buy dan Jimat Belanja Dapur. Hari ini 02hb Febuari 2018. Program bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Lokasi pilihan program kali ini bertempat di RTM Kota Kinabalu, Jalan Kepaya… Read More

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.

google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0