Thursday, February 21, 2019

MY BEST BUY 2019

0

Ini kali kedua Team QueYun menyertai Program My Best Buy anjuran FAMA Sabah.  Terima kasih tidak terhingga buat pihak FAMA kerana sentiasa memberikan peluang kepada kami untuk turut serta dalam program ini.

Program ini berlangsung di Putera Jaya Telipok selama dua hari iaitu pada 28.02.2019 - 01.03.2019.

SOS TUHAU CILI

Untuk kali ini Team QueYun akan membawa produk terbaru iaitu SOS TUHAU CILI. Nak tahu rasanya macam mana, boleh datang serbu booth QueYun nanti. TESTER PERCUMA disediakan.

Bagi anda yang punya masa terluang datanglah beramai-ramai nanti ya.



Tuesday, February 19, 2019

POLITEKNIK KOTA KINABALU

0

Lama tidak bersiaran di blog ini. Sedikt busy dengan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan secepat mungkin. 

Admin hendak maklumkan bahawa Team QueYun akan berada setiap minggu di Politeknik Kota Kinabalu. Pameran jualan ini adalah kerjasama antara pihak FAMA dan juga Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.

Pameran Jualan diadakan setiap hari rabu bermula dari jam 2 petang hingga 6 petang. Pihak QueYun amat berterima kasih kerana diberi peluang untuk bersama dalam program ini. 

queYun, tuhau, politeknik
Pameran Jualan

Seperti biasa Team QueYun membawakan produk yang semakin mendapat sambutan pelanggan seperti Sambal Tuhau Bilis, Sambal Tuhau Udang dan Serunding Tuhau. 

QueYun, Tuhau, politeknik kota kinabalu
Politeknik Kota KInabalu
(sumber pic:google)
Pada anda yang ada berdekatan dengan Politeknik Kota Kinabalu, boleh singgah-singgah berkunjung ke sini ya.

Selain produk IKS ada pelbagai lagi yang dijual di sini. Seperti makanan, minuman, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.