Featured Post

KUIH KOU CHONG

Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...

Friday, April 6, 2018

OMBAK BORNEO SEAFOOD

0

Rindu makanan Sabah??

Anda yang berada di Johor dan susah nak dapatkan makanan tradisi dari Sabah. Jangan risau, jangan bersusah hati. 
Anda boleh datang berkunjung ke Pasar Muafakat Sabah @ Johor untuk mendapatkan produk buatan Bumiputera Sabah.

PASAR MUAFAKAT SABAH @ JOHOR BAHRU
Anda boleh datang ke Kedai Ombak Borneo Seafood di Pasar Muafakat Sabah @ Johor. Ada pelbagai makanan dari Sabah boleh didapati di sana. Seperti Kuih Cincin, kuih Amplang, Sagu dan termasuk lah juga produk QueYun TUHAU.


KEDAI OMBAK BORNEO SEAFOOD.

QueYun TUHAU @ PASAR MUAFAKAT SABAH JOHOR BAHRU.
Produk @queyun_tuhau ada di sini. Jom warga Johor Bahru kunjungi kedai OMBAK BORNEO SEAFOOD dan dapatkan produk QueYun TUHAU ;
1.JERUKTUHAU PEDAS
2.MULTI PES TUHAU
3.SAMBAL TUHAU BILLS
4.SAMBAL TUHAU UDANG
5.BOSOU SADA
Info lanjut boleh Hubungi:
016 722 1998 (MOSDY)
016 722 1998 (MOSDY)
016 722 1998 (MOSDY)
Bah!! Jangan kasi lama.. jom berkunjung ke sana sekarang!!😉😉

RESTORAN ANJUNG RASA PUTERA JAYA TELIPOK

0

MARI SINGGAH SEBENTAR!!!

Produk QueYun ada di Restoran Anjung Rasa Putera Jaya Telipok, Sabah. Bagi anda yang tinggal berdekatan dengan area Taman Putera Jaya boleh dapatkan produk QueYun TUHAU  di sini.

Restoran Anjung Rasa Putera Jaya Telipok berada sebaris dengan supermarket Giant. Bersebelahan dengan kedai One Stop. Senang saja nak mencari lokasinya.

Restoran ini dibuka setiap hari seawal jam 6 pagi hingga 12 malam.

Antara produk yang selalu mendapat sambutan dari para pelanggan Restoran Anjung Rasa ialah;

1.Jeruk Tuhau Pedas
2.Sambal Tuhau Bilis
3.Sambal Tuhau Udang
4.Sambal Tuhau Liking

Hah!! Tunggu apa lagi. Jom mari singgah sebentar !! 😉😉

LA MAMA THE PLOT BY APADANA AGRO.

0

Produk QueYun kini ada di kedai LA MAMA, THE PLOT BY APADANA AGRO @ LAMAN JENTERA, MALAYSIAN AGRO EXPOSITION PARKS SERDANG ( MAEPS), SERDANG SELANGOR.

Peminat makanan TUHAU !! Mari datang berkunjung ke sini. Jom singgah dan dapatkan produk QueYun di kedai LA MAMA . THE PLOT dibuka pada setiap hari. Dari jam 9 pagi hinggalah 7 petang.

Hah!! Bagi anda yang tinggal berdekatan bolehlah singgah-singgah di sini ya.

Lokasi tempat adalah berada di dalam tapak MAHA, Serdang, Selangor.

Friday, March 30, 2018

PACKAGING RINGAN DAN MUDAH DIBAWA

0

Sambal Tuhau kini  dengan packing terbaru dari QueYun TUHAU. Berat Bersih sambal masih tetap dikekalkan iaitu 200gm.

Kini QueYun Sambal Tuhau;

☆Lebih ringan
☆Mudah dibawa kemana-mana
☆Jimat ruang shopping bag anda

Sesuai juga dijadikan sebagai gift untuk saudara mara, kawan-kawan malah sesuai dijadikan sebagai gift door, goodies untuk apa-apa majlis. 

Bah jangan kasi lama!!!  Mari kamurang oder sekarang!!

Roger2 :
Mr. TUHAU - 0128019875
Makcik TUHAU - 0128344348

P/s: Bukan #MakcikBawang ya 😁😁😁

#QueYun #QueYunTuhau

Thursday, March 29, 2018

PERNIAGAAN

0

Copy Paste.

Apabila kita mahu mulakan perniagaan, kita sebenarnya telah terima aku jani untuk komited supaya apa yang kita cita-citakan akan berjaya. Masalah akan berlaku apabila kita tidak kuat dan tidak tahu apa tugas kita sebagai peniaga, akibatnya kita akan mudah lemah apabila berdepan cabaran.

Ada beberapa perkara yang anda perlu beri setinggi-tinggi komitmen untuk memastikan perniagaan anda berjaya:

Ada yang perlu tahu dengan jelas kenapa anda mahu berjaya? Apa yang anda nak capai? Siapa yang anda mahu bahagiakan dan bantu? Apa yang anada mahu ubah? Dan bila matlamat sudah jelas, anda perlu beri setinggi-tinggi komitmen untuk merealisasikannya. Saya juga nak ucap tahniah kedapa yang sudah jelas tentang ‘big why’ mereka sebab ramai orang tidak tahu kenapa mereka mahu berjaya.

Jika anda berjaya membuat rancangan perniagaan yang lengkap, ini bermakna anda serius untuk berniaga. Membuat rancangan perniagaan juga memerlukan anda untuk melakukan kajian terperinci. ‘Effort’ yang anda ambil untuk membuat rancangan perniagaan itu perlu dibayar dengan anda merealisasikannya. Ia bagaikan anda sudah ada peta di tangan dan tahu destinasi tujuan, jadi anda hanya perlu komitmen untuk meneruskan perjalanan dan sampai ke destinasi sahaja.

Impian dan matlamat tanpa tindakan adalah angan-angan. Beza orang yang berjaya dan orang yang gagal ialah mereka melakukan tindakan atas idea yang mereka ada. Tindakan yang macam mana? Tindakan yang berterusan dengan komitmen yang sangat tinggi sehingga berjaya. Tindakan yang anda ambil juga perlu pantas.

Antara faktor orang berputus asa dalam perniagaan kerana tindakan mereka tidak cukup pantas sehingga ada orang lain bertindak lebih pantas dan berjaya dengan idea perniagaan yang sama. Mulalah rasa kecewa sedangkan didir sendiri yang tidak memulakan tindakan.

Tindakan juga perlu padu. Tidak boleh lemah dan longlai. Orang yang komited dalam tindakannya, kita tidak dapat lihat cara hidupnya berbeza. Cara dia bangun pagi dengan penuh tenaga. Cara dia berfikir sangat cepat. Tidak suka bertangguh dan tidak suka membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak mendekatkan mereka kepada matlamat mereka

Dalam anda mengatur langkah untuk bertindak, pasti ada orang di sekeliling anda yang banyak membantu dan menyokong anda. Ada juga yang menjadi pelabur untuk anda memulakan perniagaan. Mereka selalunya adalah orang yang rapat dan memahami cita-ita anda. Mereka juga adalah orang yang yakin bahawa anda akan berjaya.

Jadi, demi mereka anda perlu komited untuk berjaya bagi membalas segala sokongan dan bantuan yang mereka berikan. Anda perlu tahu, bagi menyokong anda untuk berjaya mungkin banyak yang mereka korbankan.

Saya teringat kisah bagaimana emak saya sanggup menggadaikan gelang tangannya dan ayah pula sanggup menggadaikan rumah tempat kami tinggal demi membantu saya mencapai cita-cita. Malangnya, saya tersilap langkah dalam membuat percaturan. Ia mengecewakan saya tetapi Alhamdulillah, saya mampu menebusnya kembali.

Ketika anda berniaga, anda mungkin ada memberi janji kepada pelanggan-pelanggan atau ejen-ejen pemasaran produk anda. Janji anda mungkin di dalam bentuk faedah yang dapat diberikan oleh produk kepada pelanggan atau faedah keuntungan kepada ejen dan pengedar. Mereka berurusan dengan anda kerana mereka yakin dan percaya kepada anda. Jadi, atas dasar itu anda perlu komited untuk membuktikan kata dan janji anda itu.

Ada peserta program saya yang berjaya menjadi jutawan dengan menjual produk yang tiada siapa jangka akan membawa pulangan yang lumayan. Kuncinya ialah komited dalam tindakan dan janji yang diberikan kepada pelanggan dan ejen serta pengedar. Dari situ, timbul keyakinan pasaran terhadap anda dan produk dan dengan mudahnya perniagaan anda akan berkembang.

Semua motif utama perniagaan adalah untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan dapat membantu anda untuk mara ke hadapan dan meberi anda pulangan yang lebih baik. Anda juga akan mempunyai lebih banyak pilihan.

Tanpa keuntungan, sukar untuk anda mengembangkan perniagaan. Keuntungan pula perlu sentiasa meningkat dan tidak tersangkut di satu tahap sahaja. Ramai peserta saya yang berniaga dan apabila mereka rasa keuntungan mereka tersekat, mereka akan kembali hadir ke program saya untuk refresh dan untuk memastikan mereka tidak silap dlaam melakukan tindakan. Ini menunjukkan mereka benar-benar komited untuk mendapatkan keuntungan dalam perniagaan.

Antara perkara yang patu menjadikan kenapa kita perlu berjaya dalam perniagaan ialah kerana kita mahu membantu seramai yang mampu. Cuba lihat sekeliling anda, berapa ramai anak bangsa yang sukar mendapat pekerjaan? Perniagaan anda mungkin dapat membuka peluang pekerjaan kepda mereka.

Berapa ramai yang mahu berniaga tetapi tidak tahu di mana mahu bermula? Komitmen anda berniaga sehingga berjaya dapat menjadi inspirasi kepada mereka. Bahkan, mereka dapat pula belajar berniaga dengan menjadi ejen dan pengedar produk anda. Anda perlu komited supaya kejayaan anda dapat menginspirasikan lebih ramai orang lain untuk berniaga sehingga menghasilkan satu kelompok masyarakt berniaga yang berjaya.

Berniaga adalah ibadah fardhu kifayah. Ia perlu untuk membangunkan agama dan ummah. Itu tanggungjawab semua umat Islam namun hanya komited seperti anda sahaja yang dapat menjayakannya.

Kejayaan anda dalam perniagaan akan menjadikan agama Islam dilihat sebagai satu agam yang berjay. Kejayaan anda juga dapat memadamkan segala imej negatif yang timbul terhadap Islam. Anda perlu komited demi memperbaiki imej Islam itu sendiri. Selain itu, zakat, waqaf, infak dan sedekah yang anda beri akan dapat membantu meninggikan taraf ekonomi dan membantu membangunkan agama islam.

Jika anda dapat menanamkan semangat dan komitmen yang tinggi untuk mencapai apa yang disasarkan, insyaAllah anda akan menjadi ikon perniagaan, ikon masyarakat dan akan meninggalkan legasi yang baik suatu hari nanti.

Credit: Mudahnya Berniaga

Kredit pic: Google
google.com, pub-2792107785458350, DIRECT, f08c47fec0942fa0