Featured Post
Produk terkini Brand QueYun . Kuih Kou Chong inti kacang tanah . Produk ini telah dikeluarkan dan mula dipasarkan pada September 2024. Berm...
QueYun
Enterprise merupakan sebuah syarikat
yang baru saja ditubuhkan pada 4 Ogos tahun 2015. Dimiliki oleh 100% Bumiputera SABAH. Seorang pengusaha berbangsa Dusun berasal dari Tamparuli, SABAH.
QueYun Enterprise menjalankan perniagaan sebagai pembuat dan pembekal makanan tradisional. Bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan produk adalah sejenis tumbuhan yang
disebut
TUHAU dalam bahasa Kadazan Dusun.
Walaupun
masih
baru
dalam
bidang
pengeluaran,
syarikat
ini
bercadang
untuk
membina
kedudukan
yang
lebih
kukuh di
pasaran
pada
masa
akan
datang.
Serunding Tuhau adalah antara produk kami yang paling digemari dan terlaris. Makanan tradisional kaum Dusun di Sabah ini sangat sesuai dimakan bersama nasi panas. Boleh juga dimakan begitu sahaja.
Pembungkusannya memudahkan kita membawanya keman-mana. Boleh dijadikan sebagai bekalan bila berjalan jauh. Cuma koyak dan makan.
|
SERUNDING TUHAU BILIS
|
Serunding Tuhau sesuai untuk hidangan sekeluarga juga untuk hidangan para tetamu di masa perayaan. Ia boleh dimakan bersama nasi panas, bubur panas ataupun boleh dimakan begitu sahaja.
Selain itu produk ini sangat sesuai dijadikan sebagai gift atau ole-ole untuk majlis-majlis formal, majlis kahwin dan untuk saudara-mara.
|
Contoh pek Serunding Tuhau 100gm |
|
" MAKAN BERSAMA BUBUR NASI PANAS"
feedback pelanggan. |
Serunding Tuhau Bilis 45gm, pack kecil bagi yang belum pernah merasa dan ingin mencuba makanan ini. Kami juga ada menyediakan pack dalam berat kilo untuk anda yang mahukan kuantiti yang banyak.
Bagi yang belum mencuba Serunding Tuhau keluaran QueYun boleh lah mencuba dengan menghubungi terus nombor di bawah entry ini.
Produk adalah 100% Buatan Bumiputer Islam.
|
JERUK TUHAU ASAM BOI |
Yang ini pula Jeruk Tuahu Asam Boi. Dicampurkan dengan serbuk asam boi. Rasa masam, manis-manis asam boi. Sedap jika dijadikan sebagai kerabu tuhau.
p/s: PRE-ODER PRODUK
Bagi yang belum pernah melihat Jeruk Tuhau, inilah dia rupa bentuknya. Batang tuhau yang lembut di hiris nipis atau di tumbuk hancur kemudian dicampurkan dengan cili, cuka atau air limau, garam dan gula. Terhidu saja baunya sudah buat kita berliur. Apalagi kalau merasanya pasti terkenyit mata dibuatnya.
|
JERUK TUHAU PEDAS |
Jeruk Tuhau ini sangat sesuai di makan bersama dengan ikan panggang, ikan goreng dan ikan masin Tapi bagi pengemar Tuhau, semuanya pun ok..Boleh campur dalam sup ikan, mee maggie atau masak dengan ayam dan pun daging pun sedap.. (^_~).
|
Feedback pelanggan. |
Bagi yang belum pernah cuba, kena cuba rasanya. Kalau ngam dengan bau dan rasanya, memang akan sukakannya.
|
JERUK TUHAU PEDAS (230gm) |
Jeruk Tuhau Pedas, 230gm untuk sebotol. Tahan selama setahun.
|
Jeruk Tuhau & Serunding Tuhau |
|
|
|
QueYun TUHAU first time Open Booth. Bertempat di Sri Alhafidz, Bandar Sierra, Kota Kinabalu. Tiga jenis produk dibawa, Jeruk Tuhau Pedas, Jeruk Tuhau Asam Boy dan juga Serunding Tuhau. Alhamdulillah ada sambutan dari pengunjung yang datang. Sabtu ini cuba lagi buka booth untuk kali kedua di tempat yang sama juga. Moga segalanya dipermudahkan.. (^_^)