Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Wednesday, August 14, 2019

SAMBAL TUHAU ROTI PUTIH

0


MUDAH..CEPAT..RINGKAS..!!!

Sambal Tuhau Roti Putih
1.Sambal Tuhau Bilis
2.Roti Putih


Cara hidangan:
Sapu Sambal Tuhau Bilis atas Roti dan sedai untuk dimakan. 

Sesuai untuk anda yang sangat sibuk dan tidak ada masa untuk menyediakan makanan. Jangan risau, Sambal Tuhau Bilis Ready To Eat ini memudahkan anda untuk penyedian makanan anda.

TUHAU, SAMBAL
Sambal Tuhau Bilis

Bagi anda yang bekerja di ofis dan tidak ada masa untuk keluar untuk makan, boleh dapatkan sepaket Sambal Tuhau ini. Sambal ini juga sesuai dan sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas.

Sarapan pagi boleh, makan tengahari boleh, makan malam pun boleh!!


CARA BUAT CILI KISAR TAHAN LAMA

0

Kali ini Admin ingin berkongsi bagaimana cara buat cili kisar tahan lama. Mudah saja sebenarnya. Jom tengok langkah-langkah di bawah ini.

1. Potong cili kering pendek-pendek menggunakan gunting. Kalau potong lagi pendek lagi bagus, biji cili mudah jatuh nanti dan mudah masa mengisar nanti.

Gunakan bekas jaring kemudian goncang atau ketuk-ketuk bekas untuk bagi biji-biji cili jatuh.

CILI, TUHAU
Potong cili pendek-pendek.
Gunakan bekas berjaring.


2. Rebus cili hingga jadi lembut. Masa rebus jangan lupa sentiasa gaul-gaulkan. Rebus dalam setengah jam atau cili nampak lembut bolehlah tutupkan api.

3. Cuci bersih cili merah yang direbus tadi. Tujuannya untuk membuang sisa biji cili yang tidak jatuh semasa memotong tadi. Kemudian toskan.

4. Kisar cili rebus yang telah ditoskan tadi. Gunakan minyak masak untuk mengisar cili. Tambahkan sedikit garam semasa mengisar.

5. Masukkan dalam bekas. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Kalau hendak lagi tahan, simpan dalam peti sejuk bahagian frezzer. Boleh tahan hingga berbulan dan masih tidak berkulat.


Cili Kisar dalam frezzer

Bila rasa-rasa nak masak sambal, bolehlah guna nanti. Mudah dan lancar kerja-kerja memasak di dapur.

Semoga tips ini dapat membantu anda  semua. Silakan share jika bermanfaat untuk anda.




Thursday, August 1, 2019

HAMPER PRODUK QUEYUN

0

Kami menerima tempahan hamper untuk memeriahkan lagi majlis anda sperti majlis sekolah, majlis Family Day majlis anjuran agnesi dan lain-lain.

Tempahan adalah mengikut budget pelanggan.

Tempahan hamper boleh dibuat dengan harga serendah RM30.00. Untuk hamper seperti gambar di bawah bernilai RM60. 

HAMPER, TUHAU, QUEUN
Hamper Produk QueYun bernilai RM60.00.
HAMPER, TUHAU, QUEYUN
Antara isi kandungan hamper ialah:
Sambal Tuhau, Sos Tuhau dan Serunding Tuhau

Bagi yang berminat untuk menjadikan Produk QueYun sebagai hamper boleh meghubungi kami di nombor;

012- 834 4348
012- 801 9875

Tuesday, July 23, 2019

USAHAWAN PELADANGNITA @MENARA LEMBAGA PELADANG KUALA LUMPUR.

0

2Usahawan PeladangNita Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan  Labuan berada di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sempena Majlis Simposium PeladangNita Kebangsaan 2019.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 23hb Julai 2019 .


Booth Usahawan PeladangNita Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan.

Antara produk keluaran Usahawan PeladangNita Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dipamerkan selama dua hari  majlis berlangsung.
Kraftangan seperti tudung saji, bakul.

Sos Tuhau QueYun, Mee kering, Kerepek Rempeyek,
Keropok Ampalng , Kuih Cincin.
Sambal Tuhau QueYun, Udang Kering, Keychain,

Terima kasih diucapkan kepada Pihak PeladagNita Sabah kerana memberi peluang kepada Syarikat QueYun untuk mempamerkan sekaligus memperkenalkan produk keluaran QueYun kepada orang ramai semasa Majlis Simposium PeladangNita Kebangsaan 2019.


Sunday, July 14, 2019

PEK BAHARU QueYun SAMBAL TUHAU

0

Pek Baharu SAMBAL TUHAU keluaran QueYun.

Pacakaging dua jenis Sambal Tuhau keluaran QueYun kini tampil berwajah baharu. Sambal Tuhau Bilis di dalam pek berwarna hitam kuning. Manakala Sambal Tuhau Udang di dalam pek berwarna hitam merah.

Pek Sambal terkini ini adalah menggunakan Stand Pouch Zip Lock. Ringan dan lebih memudahkan pengguna. Sambal tidak habis, boleh tutup zip lock dan simpan.


SAMBAL TUHAU BILIS

SAMBAL TUHAU UDANG

Bagi anda yang berminat dengan produk keluaran QueYun, boleh menghubungi  kami di talian 012 801 9875 / 012 834 4348