Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Wednesday, August 8, 2018

SERUNDING TUHAU PALING SEDAP

0



Rindu mau makan Tuhau?

Pastinya rindu mau makan kan. Terutama sekali akak-akak, abang-abang dari Sabah yang berada jauh dari kampung halaman masing-masing.

Jangan risau, jangan bersusah hati, korang boleh dapatkan Produk Tuhau dari kami QueYun TUHAU dengan pelbagai pilihan boleh didapati.

Antara produk keluaran kami ialah Serunding Tuhau. Serunding Tuhau sedap dimakan dengan nasi panas seperti dalam video di atas. Sudah tengok tak?

Selain itu Serunding Tuhau juga sedap dimakan dengan bubur panas atau dimakan begitu sahaja pun boleh. Kalau mau bubuh dalam burger pun boleh. Pasti jadi satu kelainan rasa dalam buger anda nanti .. ^-* 

Serunding Tuhau keluran QueYun dibungkus dengan saiz sederhana. Memudahkan ia dibawa ke mana-mana dan sangat sesuai untuk pengiriman pos bagi korang yang berada jauh dari Sabah.


Thursday, August 2, 2018

SAMBAL TUHAU

0

Tiga jenis Sambal Tuhau mendapat sambutan yang agak menggalakan dari para pelanggan QueYun iaitu:
  1. SAMBAL TUHAU BILIS
  2. SAMBAL TUHAU UDANG
  3. SAMBAL TUHAU CILI PADI
Kami dari Team QueYun Enterprise mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua para pelanggan kerana telah memberikan sokongan yang tidak terhingga terhadap produk keluaran kami.

TUHAU, STICKER, SABAH, MAKANAN
SAMBAL TUHAU BILIS

SAMBAL, SAMBAL TUHAU, STICKER, QUEYUN, UDANG
SAMBAL TUHAU UDANG

SAMBAL TUHAU, SAMBAL, SAMBAL PEDAS, SABAH, MAKANAN
SAMBAL TUHAU CILI PADI
ANTARA KEITIMEWAAN PRODUK SAMBAL TUHAU KELUARAN QueYun Enterprise ialah:

  1. Produk adalah SEDIA UNTUK DIMAKAN. Semudah ABC. BUKA , HIDANG, MAKAN.
  2. Makanan tradisional dengan bahan utamnya iaitu TUHAU. Rahsia resepi yang tersendiri menjadi satu kelainan dalam produk yang dikeluarkan.
  3. RASA UNIK YANG HARUS DICUBA.
  4. Packaging produk ringan dan saiz kecil. Mudah dibawa kemana-mana. 
  5. Sangat sesuai dijadikan sebagai gift/hadiah dalam majlis-majlis seperti majlis kahwin atau majlis mesyuarat.

Friday, July 20, 2018

TAMPARULI FEST 2018

0




Tamparuli Fest 2018.
Program ini telah berlangsung pada 10hb hingga 12hb July 2018. Bertempat di Tamparuli. Program ini adalah merupakan anjuran Department of Industrial Development and Research (DIDR). 
Antara pengisian program adalah seperti pameran produk, busines pitching, busines matching, cabutan bertuah, Masterchef Challenge dan banyak lagi.


Antara usahawan-usahawan seluruh Sabah yang telah turut serta menyertai pameran produk dalam program Tamparuli Fest 2018. Dengan produk yang pelbagai dan kesemuanya hebat-hebat belaka.


Team QueYun TUHAU juga turut serta menyertai program ini dengan mempamerkan produk hasilan Tuhau. Makanan yang popular di Negeri Sabah. Terima kasih DIDR kerana telah menjemput Syarikat QueYun dalam Program ini.



Terima kasih juga kerana telah memilih Syarikat QueYun diantara 400 usahawan terpilih untuk menyertai Busines Pitching semasa program Tamparuli Fest ini berlangsung. 


Saturday, June 9, 2018

PROMOSI RAMADHAN 2018

Alhamdulillah ramadan datang lagi. Kita masih lagi berkesempatan untk menjalani ibadah puasa pada bulan ini. Bulan yang dinanti-nantikan setiap umat islam.

QueYun TUHAU mengadakan PROMOSI sempena bulan puasa ini. Khas untuk anda penggemar Sambal Tuhau yang tidak ada masa untuk menyediakannya.

tuhau, QueYun Tuhau, tuhau sabah, makanan sabah, sambal tuhau, produk sabah
SAMBAL TUHAU BILIS

Sambal Tuhau Bilis adalah salah satu produk Ready To Eat keluran QueYun Enterprise. Mudah Dan Jimat Masa bagi anda yang sentiasa sibuk. Memudahkan untuk para ibu-ibu yang berkerjaya untuk menyediakan juadah berbuka puasa.

QueYun TUHAU memberikan harga promosi RM8/paket untuk Sambal Tuhau Bilis sepanjang bulan puasa ini.

Jadi tunggu apa lagi jom segera oder TUHAU dengan kami.
Hubungi kami ditalian:
http://www.wasap/0128019875
http://www.wasap/0128019875

http://www.wasap/0128344345
http://www.wasap/0128344345



Thursday, June 7, 2018

LAWATAN UNTUK VIDEO DOKUMENTARI

2

Sekali lagi pelajar dari Universiti Malaysia Sabah(UMS) datang membuat lawatan. Kali ini lawatan untuk membuat Video Dokumentari mengenai cara-cara pemprosesan makanan iaitu Jeruk Ikan.

Surat lawatan

Demo cara-cara membuat Jeruk Ikan a.k.a Bosou Sada ditunjukkan kepada ketiga-tiga adik-adik ini.  Penerangan diberi dari bahan-bahan dan seterusnya bagaimana membuatnya.

UMS, LAWATAN, DEMO
Demo cara-cara membuat Jeruk Ikan a.k.a Bosou Sada.
UMS, LAWATAN, DEMO
"Dah siap gaul bahan-bahan. Masukkan dalam botol.
Jangan dimakan dulu. Tunggu sebulan gitu baru boleh makan"


Selepas demo dibuat, pelajar-pelajar Program Akuakultur tahun ke tiga ini berpeluang untuk mencuba sendiri bagaimana cara-cara memproses Jeruk Ikan. 

UMS, LAWATAN, UMS
"Tekan sikit ya dik. Kasi mampat sikit isinya."
Diharap dengan sedikit info dan demo yang kami berikan akan membantu adik-adik ini untuk membuat kerja kursus mereka. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan dari pihak kami.

Kata adik-adik ini, hujung tahun ini mereka akan konvo.

Kami doakan moga berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan apa juga kerjaya yang akan diceburi nanti.