Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Thursday, March 3, 2016

QueYun ENTERPRISE

0


QueYun Enterprise merupakan sebuah syarikat yang baru saja ditubuhkan pada 4 Ogos tahun 2015. Dimiliki oleh 100% Bumiputera SABAH. Seorang pengusaha berbangsa Dusun berasal dari Tamparuli, SABAH.

QueYun Enterprise menjalankan perniagaan sebagai pembuat dan pembekal makanan tradisionalBahan utama yang digunakan untuk menghasilkan produk adalah sejenis tumbuhan yang disebut TUHAU dalam bahasa Kadazan Dusun.

Walaupun masih baru dalam bidang pengeluaran, syarikat ini bercadang untuk membina kedudukan yang lebih kukuh di pasaran pada masa akan datang.



Wednesday, February 3, 2016

SERUNDING TUHAU

0

Serunding Tuhau adalah antara produk kami yang paling digemari dan terlaris. Makanan tradisional kaum Dusun di Sabah ini sangat sesuai dimakan bersama nasi panas.  Boleh juga dimakan begitu sahaja.

Pembungkusannya memudahkan kita membawanya keman-mana. Boleh dijadikan sebagai bekalan bila berjalan jauh. Cuma koyak dan makan.


serunding tuhau, tuhau sabah, tuhau sedap, tuhau goreng
SERUNDING TUHAU BILIS

Serunding Tuhau sesuai untuk hidangan sekeluarga juga untuk hidangan para tetamu di masa perayaan. Ia boleh dimakan bersama nasi panas, bubur panas ataupun boleh dimakan begitu sahaja.

Selain itu produk ini sangat sesuai dijadikan sebagai gift atau ole-ole untuk majlis-majlis formal, majlis kahwin dan untuk saudara-mara.

tuhau, serunding tuhau
Contoh pek Serunding Tuhau 100gm

SERUNDING TUHAU, QUEYUN TUHAU
 " MAKAN BERSAMA BUBUR NASI PANAS"
feedback pelanggan.

Serunding Tuhau Bilis 45gm, pack kecil bagi yang belum pernah merasa dan ingin mencuba makanan ini. Kami juga ada menyediakan pack dalam berat kilo untuk anda yang mahukan kuantiti yang banyak.

Bagi yang  belum mencuba Serunding Tuhau keluaran QueYun boleh lah mencuba dengan menghubungi terus nombor di bawah entry ini.

Produk adalah 100% Buatan Bumiputer Islam.


Tuesday, February 2, 2016

Wednesday, November 4, 2015

JERUK TUHAU

1

Bagi yang belum pernah melihat Jeruk Tuhau, inilah dia rupa bentuknya. Batang tuhau yang lembut di hiris nipis atau di tumbuk hancur kemudian dicampurkan dengan cili, cuka atau air limau, garam dan gula. Terhidu saja baunya sudah buat kita berliur. Apalagi kalau merasanya pasti terkenyit mata dibuatnya.


JERUK TUHAU PEDAS


Jeruk Tuhau ini sangat sesuai di makan bersama dengan ikan panggang, ikan goreng dan ikan masin Tapi bagi pengemar Tuhau, semuanya pun ok..Boleh campur dalam sup ikan, mee maggie atau masak dengan ayam dan pun daging pun sedap.. (^_~).




JERUK TUHAU, SERUNDING TUHAU, TUHAU SABAH, QUEYUN TUHAU
Feedback pelanggan.

Bagi yang belum pernah cuba, kena cuba rasanya. Kalau ngam dengan bau dan rasanya, memang akan sukakannya.

JERUK TUHAU PEDAS,  JERUK TUHAU, TUHAU SABAH, QUEYUN TUHAU
JERUK TUHAU PEDAS (230gm)

Jeruk Tuhau Pedas, 230gm untuk sebotol. Tahan selama setahun.


Sunday, November 1, 2015

QueYun TUHAU OPEN BOOTH

0

jeruk tuhau, serunding tuhau
Jeruk Tuhau & Serunding Tuhau




QueYun TUHAU first time Open Booth. Bertempat di Sri Alhafidz, Bandar Sierra, Kota Kinabalu. Tiga jenis produk dibawa, Jeruk Tuhau Pedas, Jeruk Tuhau Asam Boy dan juga Serunding Tuhau. Alhamdulillah ada sambutan dari pengunjung yang datang. Sabtu ini cuba lagi buka booth untuk kali kedua di tempat yang sama juga. Moga segalanya dipermudahkan.. (^_^)