Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Thursday, May 14, 2020

CUTI POS MALAYSIA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2020

0

Hari ini merupakan hari terakhir Team QueYun  membuat penghantaran oder Tuhau ke Pos Office. Terima kasih kepada penggemar Tuhau yang sempat membuat oder produk QueYun, sebelum Pos bercuti.

pos Malaysia
Pos Malaysia

Pos Malaysia mula bercuti pada 23 Mei 2020 dan beroperasi semula pada 27 Mei 2020 bagi semua negeri. Tarikh akhir pengeposan item pos laju pada 16 Mei 2020. Walaubagaimana pun Team QueYun  masih menerima tempahan online dari customer.

Kiriman akan dibuat apabila Pos Malaysia dibuka semula.

Jadi kepada anda  yang terasa rindu-rinduan mahu makan Tuhau, boleh terus oder dengan kami di SINI

Tuhau, tuhau sabah
Kiriman Tuhau 

Oder yang sempat dikirim minggu ini. Terima kasih sudi oder Tuhau kami.  Terima kasih yang selalu repeat oder Tuhau dengan kami.

Selamat berpuasa semua. Jaga diri, jaga kesihatan dan sentiasa patuhai arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijalankan.  Semoga kita semua akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.




Monday, May 11, 2020

YANG JAUH KAMI KIRIMKAN

0

Alhamdulillah, kiriman pos masih lagi berjalan seperti biasa.  Terima kasih kepada semua yang membuat oder Tuhau dengan kamiAnda Stay At Home, kami kirimkan untuk anda.

Kiriman Tuhau.
Terima Kasih Pos Office Tuaran

Tempahan Tuhau ini kebanyakkannya dari customers yang berada jauh dari Sabah.  Ada yang oder sebab rindu sangat mahu makan Tuhau. Rasa gembira bila dapat menunaikan kerinduan mereka terhadap makanan Tuhau ini. 

Walaupun ada sedikit cabaran di waktu PKP ini. Team QueYun  tetap berusaha untuk kirimkan secepat mungkin semua oder dari para pelanggan. 

Kami memohon maaf sekirannya ada sedikit kelewatan pengiriman oder anda semua ya.

Kiriman Tuhau .
Terima kasih Pos Office Tamparuli. 

Untuk makluman tarikh akhir kiriman pengeposan item Pos Laju yang ditetapkan oleh Pos Malaysia sempena  Hari Raya Aidilfitri 2020 ialah pada 16 Mei 2020. 

Jadi anda yang rindu-rinduan mahu makan Tuhau, masih sempat lagi buat oder. Anda boleh klik link INI untuk oder. Jangan risau, yang jauh kami kirimkan. 

Selamat berpuasa semua. ^_^

Friday, May 1, 2020

PENGHANTARAN MELALUI RUNNER

0

Seminggu sudah berpuasa, Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Syukur Alhamdulillah juga di sebalik ujian  virus covid19, ada hikmah disebaliknya.  Jika sebelum ini penghantaran oder Tuhau dari pelanggan untuk sekitar Kota Kinabalu dilakukan sendiri, kini kami menggunakan khidmat Runner agar oder lebih segera sampai.

QueYun QueYunTuhau, tuhau, makanan sabah, sambal tuhau
Sos Tuhau dan Sambal Tuhau sampai ke tangan tuannya.
Untuk makluman anda, oder Tuhau sekitar Kota Kinabalu kami akan membuat penghantaran melalui Runner sepanjang PKP dan akan diteruskan bagi memudahkan dan melancarkan penghantaran oder sampai ke tangan anda.

Terima Kasih RideRunner Sabah, terima kasih Runner Sahrel yang banyak membantu dalam urusan penghantaran oder customer QueYun. 

Di bawah adalah details mereka sekiranya anda memerlukan khidmat Runner di waktu PKP ini.

Page Rasmi : RideRunner
Web Rasmi : www.riderunner.my
Group fb Rasmi : https://www.facebook.com/groups/471809570414829/?ref=share

Selamat berpuasa dan sentiasa kekal di rumah. Jaga kebersihan, Jaga kesihatan.


Thursday, April 30, 2020

PROMOSI SAMBAL TUHAU

0

Sambal Tuhau,  tuhau, canva
Promo Sambal Tuhau
Selamat Hari Pekerja semua. Sempena Hari Pekerja hari ini, QueYun TUHAU membuat harga promosi Sambal Tuhau untuk anda. Hanya sah 01 May 2020 sahaja.

Cara-cara untuk mendapatkan harga promosi ini tekan link di bawah dan boleh submit oder anda.
Tekan link untuk oder: https://queyuntuhau.orderla.my/tuhau

Untuk anda peminat Sambal Tuhau,  jom lah segera oder.


CARA ODER TUHAU

0

Bagaimana cara oder Produk QueYun Brand?

Anda boleh membuat oder melalui link di bawah ini;
Oder Tuhau

Anda tekan link dan paparan akan keluar seperti gambar di bawah ini.
Boleh lah pilih Tuhau apa yang nak dibeli. Sambal Tuhau, Sos Tuhau atau Serunding Tuhau.



Anda boleh klik jumlah pesanan yang dikehendaki dan secara automatik akan diberikan jumlah RM yang perlu dibayar.
Jangan lupa isi details penting anda seperti nama, alamat, no.telefon dan email. Ini adalah untuk tujuan pengiriman pos . Sila pastikan alamat anda  ialah yang terkini agar oder selamat sampai ke tangan anda..