Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Friday, April 6, 2018

STRATEGI PEMASARAN AGROMAKANAN MELALUI PEMBUNGKUSAN, PELABELAN & PENJENAMAAN

0

Kali ini berkursus di Hotel Pan Borneo, Putatan. Program ini dianjurkan oleh pihak FAMA. Kursus kali ini adalah mengenai Strategi Pemasaran Agromakanan melalui Pembungkusan, Pelabelan dan Penjenamaan produk. Tajuk kursus yang menarik.  
 

Peserta diberi penerangan oleh En. Noh Bin Nik Wan, Pengarah Bahagian Pendidikan Pemasaran & Khidmat Perundangan dari Ibu Pejabat Selayang.

Tiga tajuk utama dikongsikan dalam program ini. Pembungkusan, Pelabelan dan Penjenamaan. Ketiga-tiga perkara ini memainkan peranan penting dalam pemasaran produk.

Tips untuk menjadi usahawan berjaya juga dikongsikan. Tips merupakan perkongsian dari seorang usahawan yang telah berjaya. Sangat memberikan inspirasi pada usahawan terutama sekali yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Pengisian program sepanjang sehari ini sangat banyak memberi manfaat. Terima kasih FAMA, kerana memberi peluang pada QueYun untuk menyertai kursus ini.
 

PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN AWAM UUM

0

Kali ini pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dari UUM datang bertemu dengan kami untuk membuat tugasan. 


Cik Kasny bersama dengan pemilik QueYun TUHAU.

Surat permohonan kebenaran pengumpulan data UUM.


Terima kasih sudi memilih kami. Mudah-mudahan info yang diberi dapat membantu tugasan kalian. Semoga anda semua berjaya dengan cemerlang  dalam bidang yang diambil.


OMBAK BORNEO SEAFOOD

0

Rindu makanan Sabah??

Anda yang berada di Johor dan susah nak dapatkan makanan tradisi dari Sabah. Jangan risau, jangan bersusah hati. 
Anda boleh datang berkunjung ke Pasar Muafakat Sabah @ Johor untuk mendapatkan produk buatan Bumiputera Sabah.

PASAR MUAFAKAT SABAH @ JOHOR BAHRU
Anda boleh datang ke Kedai Ombak Borneo Seafood di Pasar Muafakat Sabah @ Johor. Ada pelbagai makanan dari Sabah boleh didapati di sana. Seperti Kuih Cincin, kuih Amplang, Sagu dan termasuk lah juga produk QueYun TUHAU.


KEDAI OMBAK BORNEO SEAFOOD.

QueYun TUHAU @ PASAR MUAFAKAT SABAH JOHOR BAHRU.
Produk @queyun_tuhau ada di sini. Jom warga Johor Bahru kunjungi kedai OMBAK BORNEO SEAFOOD dan dapatkan produk QueYun TUHAU ;
1.JERUKTUHAU PEDAS
2.MULTI PES TUHAU
3.SAMBAL TUHAU BILLS
4.SAMBAL TUHAU UDANG
5.BOSOU SADA
Info lanjut boleh Hubungi:
016 722 1998 (MOSDY)
016 722 1998 (MOSDY)
016 722 1998 (MOSDY)
Bah!! Jangan kasi lama.. jom berkunjung ke sana sekarang!!😉😉

RESTORAN ANJUNG RASA PUTERA JAYA TELIPOK

0

MARI SINGGAH SEBENTAR!!!

Produk QueYun ada di Restoran Anjung Rasa Putera Jaya Telipok, Sabah. Bagi anda yang tinggal berdekatan dengan area Taman Putera Jaya boleh dapatkan produk QueYun TUHAU  di sini.

Restoran Anjung Rasa Putera Jaya Telipok berada sebaris dengan supermarket Giant. Bersebelahan dengan kedai One Stop. Senang saja nak mencari lokasinya.

Restoran ini dibuka setiap hari seawal jam 6 pagi hingga 12 malam.

Antara produk yang selalu mendapat sambutan dari para pelanggan Restoran Anjung Rasa ialah;

1.Jeruk Tuhau Pedas
2.Sambal Tuhau Bilis
3.Sambal Tuhau Udang
4.Sambal Tuhau Liking

Hah!! Tunggu apa lagi. Jom mari singgah sebentar !! 😉😉

LA MAMA THE PLOT BY APADANA AGRO.

0

Produk QueYun kini ada di kedai LA MAMA, THE PLOT BY APADANA AGRO @ LAMAN JENTERA, MALAYSIAN AGRO EXPOSITION PARKS SERDANG ( MAEPS), SERDANG SELANGOR.

Peminat makanan TUHAU !! Mari datang berkunjung ke sini. Jom singgah dan dapatkan produk QueYun di kedai LA MAMA . THE PLOT dibuka pada setiap hari. Dari jam 9 pagi hinggalah 7 petang.

Hah!! Bagi anda yang tinggal berdekatan bolehlah singgah-singgah di sini ya.

Lokasi tempat adalah berada di dalam tapak MAHA, Serdang, Selangor.