Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Wednesday, February 28, 2018

KARNIVAL BELIA TUARAN 1 MALAYSIA YOUTH CITIES 2018

0



 Karnival Belia Tuaran 1 Malaysia Youth Cities (1MYC) 2018 telah pun berlangsung sejak 24hb Febuari. Karnival ini adalah anjuran Kelab Belia Pekan Tuaran bersama dengan Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia, Pejabat Daerah Tuaran, Majlis Daerah Tuaran, Kementerian Belia dan Sukan Sabah Daerah Tuaran, Pejabat Belia dan Sukan Pantai Barat serta agensi-agensi dan persatuan-persatuan belia daerah Tuaran.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang karnival ini. Antaranya ialah PESTA BUNDLE DAN JUALAN GERAI, PERTANDINGAN "TUARAN GOT TALENT 1MYC18", PERTANDINGAN STRONGEST MEN, PERTANDINGAN MOTOR DAY dan ada banyak lagi. 

tuhau, booth, tuaran, karnival
Temui Team QueYun di Dataran Padang Tuaran
sempena Karnival Belia Tuaran 2018.
Team QueYun juga akan turut serta dalam Karnival Belia ini selama dua hari. Bermula 2hb hingga 3hb Mac. bagi para peminat produk QueYun jangan lupa datang beramai-ramai ke Booth QueYun nanti ya. Produk laju laris seperti Serunding Tuhau, Sambal Tuhau Bilis, Sambal Tuhau Udang, Sambal Tuhau Cili Padi dan Sambal Tuhau Liking akan ada di booth QueYun nanti.

Karnival Belia Tuaran, karnival, tuaran
Antara aktiviti yang akan diadakan. Pertandingan Tarian Singa. 4hb Mac 2018.

Hah!! korang yang ada masa hujung minggu ini jom lah datang beramai-ramai. Pengisian aktiviti dalam karnival ini semuanya best-best belaka. 

Wednesday, February 21, 2018

BENGKEL SKIM PENSIJILAN MeSTI

0

Bengkel Skim Pensijilan MeSTI
Selama dua hari bengkel Skim Pensijilan MeSTI ini berlangsung. 19hb dan 20hb Febuari 2018. Bertempat di Hotel Klagan, Kota Kinabalu, Sabah.

Bengkel ini adalah anjuran Bahagian Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (IAT-MOA). QueYun Enterprise salah satu yang terpilih untuk turus serta dalam bengkel ini. Terima kasih kerana memilih QueYun Enterprise untuk mengikuti bengkel ini.

Dua hari dengan para usahawan seluruh Sabah, menuntut ilmu bersama-sama. Pengisian sangat memberi manfaat. Dengan penyampian santai pegawai yang dijemput tak rasa mengantuk dibuatnya. 


Sedikit Info tentang Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggunjawab Industri (MeSTI):
  1. Kementerian Kesihatan Malaysia menawarkan Pensijilan MeSTI, iaitu salah satu skim di bawah Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) untuk industri makanan terutamnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi memenuhi keperluan yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
  2. Skim pensijilan adalah PERCUMA kepada semua industri makanan.
  3. Permohonan pensijilan MeSTI boleh dibuat secara online di http://fosimdomestic.mph.gov.my

Wednesday, February 14, 2018

PROGRAM KRT TAMAN SRI RUGARDING & PI1M 'CLUSTERING TUARAN'

0

Untuk pertama kalinya QueYun berpeluang bersama-sama dengan para usahawan dalam program KRT Taman Sri Rugarding (TSR) dan Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) 'Clustering Tuaran'.

Meriah dengan kehadiran penduduk sekitar TSR. Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Sri Panglima Wilfred Madius Tangau,  Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Negeri Sabah.

Lawatan pameran jualan oleh Datuk Sri Panglima Wilfred Madius Tangau. Terima kasih Datuk atas kata semangat dan nasihat yang diberi. QueYun TUHAU  akan terus  berusaha untuk maju kehadapn dan senantiasa memperbaiki kekurangan dan kelemahan jika ada.

Antara usahawan yang ada semasa program.

Wednesday, February 7, 2018

TAMU BESAR KPD 2018

0


Mari datang beramai-ramai ke TAMU BESAR KPD 2018. Bertempat di Kompleks Pemasaran KPD Tanjung Lipat,Likas. Akan berlangsung hari ini 10hb hingga 11hb Febuari 2018. Program bermula seawal jam 6 pagi hinggalah 6 petang nanti.

Program sempena perayaan Tahun Baru cina ini menyediakan pelbagai jualan murah dan acara yang menarik.Jualan para usahawan iks juga ada. QueYun TUHAU turut terlibat dalam program ini. Jadi kepada para peminat Tuhau, jom mari datang sini. Harga kasih sayang menanti anda. Rugi tak datang tau..!! 😉

Cik akak, abang jom lah datang dengan anak-anak. Aktiviti mewarna untuk anak-anak juga ada. santai-santai karaoke, cabutan bertuah dan banyak lagi. 

Sambil shopping, sambil beriadah bersama keluarga.