Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS πŸ‘‡ 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Wednesday, May 31, 2017

ROADSHOW PRODUK TEMPATAN SEMPENA HARI KAAMATAN 2017

0

Bermula 29 May hingga 4 Jun, roadshow  produk tempatan berada di ground floor, Centre Point Sabah. Mula dibuka dari jam10:30 pagi hingga 9:00 malam. Bagi anda yang datang berkunjung ke kompleks membeli-belah, Center Point,  bolehlah singgah sebentar dibooth pameran produk tempatan Sabah. Ada pelbagai produk hasil keluaran usahawan tempahan boleh diperolehi. 


 Roadshow produk tempatan bertempat di Ground floor Centre Point Sabah. Roadshow ini diadakan adalah sempena Tadau Kaamatan 2017 di Sabah.
 

Pilihan bijak macam-macam ada. Pes Kantan, Minuman botani Campuran, Acar Limau, kerepek dan banyak lagi. Dan lagi, produk dari QueYun  semestinya Sambal Tuhau Bilis. Sambal laku laris yang selalu mendapat repeat oder dari para pelanggan. Terima kasih tidak terhingga😊.. 

Itu dia boothnya. Booth berada betul-betul dihadapan laluan. Jadi mudah nak cari booth ini kalau datang ke sini. Pilihan bijak, produk tempatan Sabah.

Datang jangan tak datang tau..Produk boleh try..boleh test.. Tester ada disediakan. Jangan malu-malu nak cuba rasa.

Dan... Jangan lupa bawa duit lebih. Sebab, ada promosi hebat untuk Sambal Tuhau QueYun dan juga produk-produk tempatan yang lain. Bolehlah beli banyak sikit untuk dibawa pulang. Atau sebagai ole-ole untuk sanak saudara dan sahabat handai menjelang Hari Raya nanti.
  

Sunday, May 28, 2017

AYAM GORENG TUHAU

0

Ayam Goreng Tuhau. Resepi ringkas untuk menu berbuka dibulan puasa ini. Mudah, cepat dan sedaap..Nak tau caranya??. Jom, mari admin tunjukkan.

Nak membuatnya sangatlah mudah. Cuma gunakan Multi Pes Tuhau sebagai bahan utama dalam resepi ini. Akak-akak, abang-abang, peminat tuhau,  tak perlu lagi buat kerja kopek kupas segala bagai. Cuma gunakan Multi Pes Tuhau keluaran QueYun. 

Perap ayam dengan Multi Pes Tuhau keluaran QueYun.  Lebih kurang setengah jam. Nak perap sejam atau lagi lama pun boleh. Biar rasa haruman tuhau itu menyerap ke dalam ayam tadi. Baru terasa kenikmatanya semasa makan.


 Kemudian campurkan tepung serbaguna dan biji bijan. Gaul sebati. Admin tak bubuh garam dan perasa. Dalam Pes tu dah ada sedia perasanya.

Selepas itu, panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam tadi hingga kekuningan. Sebagai pencicahnya atau kuahnya, boleh gunakan Sambal Tuhau. Tambahkan air panas sedikit untuk cairkan sambal. Dah siaapp.. Boleh lah dicuba untuk berbuka hari ini..Rasanya sememangnya awesome...πŸ˜‰. 

Kalau dah cuba jangan lupa share dengan kitaorang ya..hehee..



Tuesday, May 23, 2017

BERTUKAR TANGAN KE SARAWAK

0

Hasil carian menggunakan hastag di Instagram. Produk QueYun, Sambal Tuhau Cili Padi bertukar tangan kepada pelanggan di Sarawak. Permintaannya, nak kan sambal tuhau yang lebih pedas. Lebih pedas dari Sambal Tuhau Udang dan Sambal Tuhau Bilis.

Sambal Tuhau Cili Padi
Ambil gambar sebelum dikirim. Itu harus..😁. Yang sukkan Sambal pedas hot..hot..Mari cuba Sambal Tuhau Cili Padi keluaran QueYun. 


Sambal Tuhau Cili Padi, pedas kaw-kaw. Sangat sesuai dijadikan sebagai pencicah. Makan dengan ikan goreng atau pun ikan bakar. Nasi?? .. Pasti bertambah lagi. Semoga produk kami memenuhi cita rasa Cik Dayang dan mendapat sambutan  di sana. 

Parcel dikirim hari ini menuju ke Kuching, Sarawak. Menggunakan khidmat Pos Laju. Moga tiba dengan baiknya ditangan tuannya nanti. Terima kasih buat Cik Dayang atas tempahan ini. Ada rezeki boleh lah oder lagi ya..πŸ˜‰


Wednesday, May 17, 2017

HARI TERAKHIR PAMERAN JUALAN SEMPENA MESYUARAT TAHUNAN JABATAN PERTANIAN SABAH 2017

0

Hari terakhir Pameran Jualan sempena Mesyuarat Tahunan Jabatan Pertanian Sabah. Bermula pada 15hb Mei hingga hari ini 18hb. Alhamdulillah sambutan dari pelanggan sangat baik. Terima kasih kepada yang datang singgah ke booth kami. Terima kasih kerana mencuba dan membeli  produk kami.

Antara yang mendapat sambutan ialah Serunding Tuhau dan Sambal Tuhau Udang. Hari ke tiga stock  Serunding Tuhau habis terjual. Terima kasih kepada yang membeli.

Sokongan dari anda sangat kami hargai.



Produk Jualan dari usahawan-usahawan Sabah. Pelbagai jenis. Ada Kuih Lidah, kuih cincin, kerepek, Jus Bambangan. Semuanya produk usahawan dari Sabah.  

Krafftangan juga ada. Usahawan dari Kota Belud. Cantik dan rambang mata memandang.

Terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian kerana menjemput kami untuk menyertai pameran ini. Adanya pameran seperti ini memberi peluang usahawan kecil seperti kami mempromosikan produk masing-masing. Sekaligus mendekatkan kami dengan para pelanggan secara dekat.