Ada dua jenis Serai Makan iaitu Serai Kampung dan Serai Peha Ayam. Selalunya mudah didapati di pasar-pasar atau pun di tamu-tamu minggu. Harga cuma RM1 sahaja untuk satu ikat. Gambar di bawah ini admin ambil semasa berjalan-jalan di tamu minggu Telipok.
Serai Peha Ayam |
Serai Kampung |
Serai ini mudah tumbuh sebenarnya. Serai merupakan sejenis tanaman yang tahan kemarau. Kalau ada kerajinan menanamnya lagi bagus. Tanam di luar kawasan rumah pun boleh. Tunggu dalam 8 bulan dapatlah korang hasilnya nanti.