Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Showing posts with label TAKLIMAT. Show all posts
Showing posts with label TAKLIMAT. Show all posts

Sunday, March 24, 2019

TAKLIMAT PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

0


Satu taklimat diadakan pada 14 Mac 2019, bertempat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Para pengusaha makanan  diberikan taklimat berkenaan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM).

Antara PKS yang dijemput menghadiri Takliat PJKM,
 PPK Tuaran
Antara Info yang dikongsi:

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 mewajibkan setiap empunya dan penghuni premis pengilangan makanan hendaklah menyediakan dan mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM).
PJKM merupakan satu sistem amalan terancang yang didokumenkan dan memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila dimakan.
 Antara PJKM yang telah diperkenalkan kepada premis yang terlibat dalam pengilangan makanan adalah seperti Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), ISO 22000 dan sebagainya.
Kredit Info:SINI



MeSTI

Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), merupakan salah satu opsyen  PJKM yang diberikan kepada Industri Pengilangan makanan khususnya Perusahaan Kecil Dan Sederhana yang memenuhi keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

QueYun mengucapkan terima kasih kepada PPK Tuaran kerana telah menjemput kami untuk turut serta dalam taklimat ini.