Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Showing posts with label Runner. Show all posts
Showing posts with label Runner. Show all posts

Monday, October 26, 2020

FRONTLINER PKPB || RIDE RUNNER SABAH

0

Cod, sambal tuhau,  tuhau
Selesai COD oleh Rider Hayerul.
Terima kasih buat customer yang beli banyak produk QueYun.
Hendak dikirimkan buat adik, katanya.



Tergelak sebenarnya apabila melihat foto yang dikirimkan oleh Rider dari Ride Runner. Bukan sebab foto yang gelap dan kabur tidak jelas, tapi melihat hanya tangan dengan barang sahaja yang keluar dari pintu itu. Foto ini diambil oleh Rider Hayerul setelah selesai COD Tuhau yang dioder oleh customer sebagai bukti barang sudah sampai ke tangan customer. 

Walaupun kamera handphonenya kabur tapi tetap juga berusaha untuk memberi bukti kepada customernya. Oder Tuhau kali ini dibayar cash oleh customer. Selesai saja tugasan, beliau transferkan Wang ke akaun  QueYun. 
 
Kagum sebenarnya dengan kerja yang dibuat oleh Rider Hayerul. Amanah sangat dipegang kuat oleh beliau. Setiap kali meminta membuat penghantaran, beliau laksanakan dengan sebaiknya. 

Semoga akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Semoga sentiasa berada dibawah perlindunganNYA sepanjang bertugas. 

Anda frontliner yang hebat!!!

Tahniah buat RIDE RUNNER SABAH kerana mempunyai Team yang hebat-hebat dan sangat profesional dalam menjalankan tugas. Ride Runner sangat membantu kami sebagai usahawan agar produk terus bergerak sewaktu PKPB ini. 

Untuk semua customer QueYun yang dikasihi, kami akan terus menggunakan khidmat  RIDE RUNNER bagi penghantaran oder sekitar Kota Kinabalu. Terima kasih buat anda semua yang banyak menyokong produk QueYun TUHAU selama 5 tahun ini. Semoga QueYun TUHAU  akan terus maju kehadapan memperkenalkan produk tradisi tempatan Sabah ke pasaran luar yang lebih luas.




Friday, May 1, 2020

PENGHANTARAN MELALUI RUNNER

0

Seminggu sudah berpuasa, Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Syukur Alhamdulillah juga di sebalik ujian  virus covid19, ada hikmah disebaliknya.  Jika sebelum ini penghantaran oder Tuhau dari pelanggan untuk sekitar Kota Kinabalu dilakukan sendiri, kini kami menggunakan khidmat Runner agar oder lebih segera sampai.

QueYun QueYunTuhau, tuhau, makanan sabah, sambal tuhau
Sos Tuhau dan Sambal Tuhau sampai ke tangan tuannya.
Untuk makluman anda, oder Tuhau sekitar Kota Kinabalu kami akan membuat penghantaran melalui Runner sepanjang PKP dan akan diteruskan bagi memudahkan dan melancarkan penghantaran oder sampai ke tangan anda.

Terima Kasih RideRunner Sabah, terima kasih Runner Sahrel yang banyak membantu dalam urusan penghantaran oder customer QueYun. 

Di bawah adalah details mereka sekiranya anda memerlukan khidmat Runner di waktu PKP ini.

Page Rasmi : RideRunner
Web Rasmi : www.riderunner.my
Group fb Rasmi : https://www.facebook.com/groups/471809570414829/?ref=share

Selamat berpuasa dan sentiasa kekal di rumah. Jaga kebersihan, Jaga kesihatan.