Pilih nombor Consumer Call Center : 03 6204 7788
Call nombor di atas. Ikuti arahan yang diberi. Tekan nombor yang betul. Kemudian anda akan dihubungkan dengan pegawai bank. Beberapa soalan keselamatan diminta contohnya nama penuh, nombor kad pengenalan, duit masuk dan duit keluar dalam akaun yang terbaru. Bagi akaun syarikat, nombor pendaftaran syarikat juga diminta. Selepas itu mereka akan aktifkan semula TAC No akaun CIMB yang telah disekat sebelum ini.
Selepas itu, boleh lah sudah membuat transaksi online seperti biasa. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.