Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Wednesday, November 18, 2020

LOKASI PRODUK QueYun || AGROBAZAAR RAKYAT INANAM TAMAN FULLIWA TEBOBON

1

Salah satu lokasi yang anda boleh dapatkan Produk QueYun sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Lokasi ini kira-kira 20 minit dari Kota Kinabalu. 

QueYun Tuhau

Kedai Agrobazaar Rakyat Inanam ini bertempat di Taman Fulliwa Tebobon. Dari arah Kota Kinabalu berada di sebelah kiri. Tidak jauh dengan stesen minyak PETRONAS sebelah kanan dari arah Kota Kinabalu.


Kedai Agrobazaar Rakyat ini terletak bersebelahan saja dengan kedai 99 Speedmart. Video INI  boleh anda lihat untuk lebih jelas lagi kedudukan lokasi.

Buat anda yang pernah membeli produk QueYun di sini, terima kasih tidak terhingga kami ucapakan atas sokongan. Teruskan menyokong kami dengan mengikuti YouTube, Facebook Page dan Instagram kami :QueYun TUHAU 


Saturday, November 7, 2020

SHOPEE 11.11 BIG SALE 2020

0


Shopee telah melancarkan program Shopee 11.11 Big Sale dengan meganjurkan promosi barang kepada semua pengguna.Kepada penggemar produk QueYun TUHAU, anda boleh dapatkan QueYun Sambal Tuhau di Shopee.

Jom jangan lepaskan peluang anda, anda boleh dapatkan QueYun Sambal Tuhau melalui link di bawah.

QueYun Sambal Tuhau



Monday, October 26, 2020

FRONTLINER PKPB || RIDE RUNNER SABAH

0

Cod, sambal tuhau,  tuhau
Selesai COD oleh Rider Hayerul.
Terima kasih buat customer yang beli banyak produk QueYun.
Hendak dikirimkan buat adik, katanya.



Tergelak sebenarnya apabila melihat foto yang dikirimkan oleh Rider dari Ride Runner. Bukan sebab foto yang gelap dan kabur tidak jelas, tapi melihat hanya tangan dengan barang sahaja yang keluar dari pintu itu. Foto ini diambil oleh Rider Hayerul setelah selesai COD Tuhau yang dioder oleh customer sebagai bukti barang sudah sampai ke tangan customer. 

Walaupun kamera handphonenya kabur tapi tetap juga berusaha untuk memberi bukti kepada customernya. Oder Tuhau kali ini dibayar cash oleh customer. Selesai saja tugasan, beliau transferkan Wang ke akaun  QueYun. 
 
Kagum sebenarnya dengan kerja yang dibuat oleh Rider Hayerul. Amanah sangat dipegang kuat oleh beliau. Setiap kali meminta membuat penghantaran, beliau laksanakan dengan sebaiknya. 

Semoga akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Semoga sentiasa berada dibawah perlindunganNYA sepanjang bertugas. 

Anda frontliner yang hebat!!!

Tahniah buat RIDE RUNNER SABAH kerana mempunyai Team yang hebat-hebat dan sangat profesional dalam menjalankan tugas. Ride Runner sangat membantu kami sebagai usahawan agar produk terus bergerak sewaktu PKPB ini. 

Untuk semua customer QueYun yang dikasihi, kami akan terus menggunakan khidmat  RIDE RUNNER bagi penghantaran oder sekitar Kota Kinabalu. Terima kasih buat anda semua yang banyak menyokong produk QueYun TUHAU selama 5 tahun ini. Semoga QueYun TUHAU  akan terus maju kehadapan memperkenalkan produk tradisi tempatan Sabah ke pasaran luar yang lebih luas.




Saturday, October 24, 2020

SAMBAL TUHAU QueYun BRAND DI SHOPEE

0



Kepada pengemar produk QueYun, anda boleh mendapatkan Sambal Tuhau Udang, Sambal Tuhau Bilis (biasa) dan juga Sambal Tuhau Bilis (ExtraHot) secara online iaitu dengan membuat tempahan melalui Shopee E-Pasar Sabah.

Anda boleh membuat tempahan melalui link dibawah.

QueYun Sambal Tuhau


Ini adalah gambar-gambar sambal tuhau yang boleh anda tempah.

   Sambal Tuhau Udang


                    Sambal Tuhau Bilis(Biasa)


                Sambal Tuhau Bilis (ExtraHot) 

Terima Kasih kepada anda atas sokongan anda terhadap Produk Queyun.Stay At Home, Stay Safe buat anda semua sepanjang tempoh PKP.










Saturday, October 10, 2020

Friday, August 14, 2020

PROMO COMBO SET SETIAP BULAN

0

Promo produk QueYun COMBO SET berlangsung setiap bulan. Untuk melihat Promo COMBO SET setiap bulan, anda boleh klik terus link di bawah ini:

COMBO SET 

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi Combo Set produk QueYun setiap bulan.  Bagi bulan Ogos anda boleh dapatkan segera produk kombo melalui link di SINI

 

 

 COMBO SET OGOS!!!   COMBO SET OGOS!!!    COMBO SET OGOS!!!

Monday, June 8, 2020

COMBO SET JUN | SERUNDING TUHAU CRUNCHY

0


COMBO SET JUN | SERUNDING TUHAU CRUNCHY
COMBO SET JUN

 Berita baik untuk anda peminat Serunding Tuhau dari Sabah. Combo Set Jun telah dibuka untuk produk QueYun, Serunding Tuhau Crunchy. 

Combo Set Jun ini akan berjalan sepanjang bulan Jun ini. Jadi kepada para peminat makanan tuhau, jom dapatkan segera selagi stock masih ada.

Anda boleh membuat oder melalui link di bawah ini:

Kepada yang belum pernah mencuba dan teringin nak rasa keunikan Produk  QueYun ini, pun boleh dapatkan segera dengan kami. 

Serunding Tuhau Crunchy ini sedap dimakan sebagai kudap-kudapan. Selain itu boleh dijadikan sebagai pengganti bawang goreng. Tabur di atas masakan anda dan rasai keunikan rasa yang lain dari yang lain.

Anda boleh tengok resepi yang menggunakan Serunding Tuhau Crunchy ini di SINI. YouTube Channel QueYun TUHAU . Jangan lupa subscribe nanti untuk update terkini video-video dari kami.



Friday, June 5, 2020

SOKONG PRODUK SABAH, SABAH BEST BAH

0

Slogan "Sokong Produk Sabah, Sabah Best Bah". Pertandingan Rakam Dan Menang
RM400 setiap minggu sepanjang PKP sehingga sekarang masih berjalan.

Kali ini Admin mahu share satu video resepi Tuhau Masak Lemak yang turut join contest  yang dibuat di page facebook.com/JunzWongSabah. 

Nak tahu tak resepi ini??
Anda boleh tekan link di bawah ini untuk tonton ya. Jangan lupa juga LIKE, KOMEN & SHARE.

RESEPI TUHAU MASAK LEMAK:
Video Resepi Tuhau Masak Lemak
di page facebook.com/JunzWongSabah

Bagi anda yang hendak mengikuti contes ini, boleh terus ke page facebook.com/JunzWongSabah


Friday, May 29, 2020

KOMBO SET RAYA KA'AMATAN 2020

0

Kotobian  Tadau Tagayo Do Ka'amatan buat semua yang meraikannya.

Promosi Kombo Set Produk QueYun sempena Hari Pesta Menuai 2020. Promo Kombo Set ini berjalan selama dua hari. Bermula 30-31 May para peminat makanan tuhau boleh membuat oder melalui link di SINI

KOMBO SET RAYA KAAMATAN
KOMBO SET PRODUK QueYun 

Terdapat 2 jenis COMBO SET RAYA KA'AMATAN yang anda boleh dapatkan. 
SET A:
1.Sambal Tuhau Udang 
2.Sambal Tuhau Bilis 
3.Sambal Tuhau Bilis (extra hot)

SET B:
1.Sambal Tuhau Udang 
2.Sambal Tuhau Bilis 
3.Sambal Tuhau Bilis (extra hot)
4.Sos Tuhau Cili
5.Serunding Tuhau Crunchy  
6.Jeruk Tuhau 
 
Set kombo, tuhau, kaamatan
Kombo Set A Raya Ka'amatan 

Kombo Set A. Produk yang digemari dan sering mendapat repeat oder dari para pelanggan.

Kiriman pos akan dilakukan minggu hadapan bagi anda yang berada jauh dari Kota Kinabalu. 

Jangan lepaskan peluang dapatkan Kombo Set Produk QueYun sempena Hari Pesta Ka'amatan tahun ini.

Selamat bercuti-cuti. Jaga diri. Jaga jarak. Jaga kesihatan.

 

Thursday, May 28, 2020

PROSES SAMBAL TUHAU

0


Selamat Hari Raya 2020 buat semua yang merayakan. Pastinya tidak sama Hari Raya tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.  Tahun ini ada PKPB. Tak mengapa, demi untuk kebaikan bersama kita sama-sama patuhi. Semoga akan lenyap pergi virus covid19 yang digeruni sekarang ini. 

Udang kering & Tuhau 

Walaupun masih lagi dalam mood Hari Raya. Namun production sudah mula beroperasi. Demi untuk memenuhi permintaan pelanggan yang menjadi peminat setia Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand. 


Paket warna Black Red, siap untuk minggu ini. Sambal Tuhau Udang ini adalah  yang paling digemari dijadikan sebagai gift atau hamper untuk para tetamu undangan oleh agensi-agensi.

Pacakaging Sambal Tuhau Stand up pouch zip lock ini memang sangat sesuai jika dijadikan sebagai gift. Ianya mudah untuk dibawa kemana-mana. 

Sesuai juga untuk anda yang suka aktiviti camping atau travelling. Sambal Tuhau ini adalah produk Ready To Eat . Penyediaan sangat mudah. Cuma perlu koyak, hidang dan makan. Tidak perlu masak lagi.


Bagi anda yang berminat dengan produk QueYun boleh terus oder melalui link di bawah ini;
Penghantaran oder pelanggan. Terima kasih sudi oder Tuhau kami. Terima kasih atas sokongan yang diberi terhadap produk kami.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Jaga diri. Jaga Jarak. Kita Jaga Kita.

 


Wednesday, May 20, 2020

PLASTIK PACKAGING

0


Packaging sudah sampai.. 

Alhamdulillah, yang ditunggu sudah sampai. Packaging untuk Sambal Tuhau. Packaging ini dioder dari Excellent Rich Plastik Marketing. Mereka merupakan pakar dalam bidang Pemasaran, Pengiklanan dan juga promosi berasaskan pembungkusan plastik.

Pada anda yang tercari-cari Plastic Packaging, bolehlah cari di Facebook page mereka.

Terima Kasih 
Excellent Rich Marketing 

Terima kasih juga abang Posmen Pos Laju yang tolong hantar sampai ke rumah. Hari dah gelap tapi tetap terus melaksanakan amanah yang diberi. Semoga akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.  

Pacakaging Sambal Tuhau

Siap packing untuk Sambal Tuhau Bilis. Lepas seal, boleh masukan ke dalam paket Sambal.

Hot Item!!!
Sambal Tuhau Bilis

Sambal Tuhau Bilis adalah merupakan produk Hot Item QueYun Brand. Stock  sentiasa laju habis. Alhamdulillah, setelah lima tahun di pasaran Produk QueYun semakin mendapat perhatian di hati para pelanggan. Terima kasih tak terhingga buat para pelanggan setia QueYun Brand. Kerana anda, Produk QueYun masih berada di pasaran.

Pada anda yang ingin mencuba Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand dan hendak menjadikan menu istimewa di Hari Raya Aidilfitri nanti, boleh klik link di bawah ini:


Selamat berpuasa semua. Jaga diri dan sentiasa amalkan kebersihan..😊 




Thursday, May 14, 2020

CUTI POS MALAYSIA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2020

0

Hari ini merupakan hari terakhir Team QueYun  membuat penghantaran oder Tuhau ke Pos Office. Terima kasih kepada penggemar Tuhau yang sempat membuat oder produk QueYun, sebelum Pos bercuti.

pos Malaysia
Pos Malaysia

Pos Malaysia mula bercuti pada 23 Mei 2020 dan beroperasi semula pada 27 Mei 2020 bagi semua negeri. Tarikh akhir pengeposan item pos laju pada 16 Mei 2020. Walaubagaimana pun Team QueYun  masih menerima tempahan online dari customer.

Kiriman akan dibuat apabila Pos Malaysia dibuka semula.

Jadi kepada anda  yang terasa rindu-rinduan mahu makan Tuhau, boleh terus oder dengan kami di SINI

Tuhau, tuhau sabah
Kiriman Tuhau 

Oder yang sempat dikirim minggu ini. Terima kasih sudi oder Tuhau kami.  Terima kasih yang selalu repeat oder Tuhau dengan kami.

Selamat berpuasa semua. Jaga diri, jaga kesihatan dan sentiasa patuhai arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijalankan.  Semoga kita semua akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.




Monday, May 11, 2020

YANG JAUH KAMI KIRIMKAN

0

Alhamdulillah, kiriman pos masih lagi berjalan seperti biasa.  Terima kasih kepada semua yang membuat oder Tuhau dengan kamiAnda Stay At Home, kami kirimkan untuk anda.

Kiriman Tuhau.
Terima Kasih Pos Office Tuaran

Tempahan Tuhau ini kebanyakkannya dari customers yang berada jauh dari Sabah.  Ada yang oder sebab rindu sangat mahu makan Tuhau. Rasa gembira bila dapat menunaikan kerinduan mereka terhadap makanan Tuhau ini. 

Walaupun ada sedikit cabaran di waktu PKP ini. Team QueYun  tetap berusaha untuk kirimkan secepat mungkin semua oder dari para pelanggan. 

Kami memohon maaf sekirannya ada sedikit kelewatan pengiriman oder anda semua ya.

Kiriman Tuhau .
Terima kasih Pos Office Tamparuli. 

Untuk makluman tarikh akhir kiriman pengeposan item Pos Laju yang ditetapkan oleh Pos Malaysia sempena  Hari Raya Aidilfitri 2020 ialah pada 16 Mei 2020. 

Jadi anda yang rindu-rinduan mahu makan Tuhau, masih sempat lagi buat oder. Anda boleh klik link INI untuk oder. Jangan risau, yang jauh kami kirimkan. 

Selamat berpuasa semua. ^_^

Friday, May 1, 2020

PENGHANTARAN MELALUI RUNNER

0

Seminggu sudah berpuasa, Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Syukur Alhamdulillah juga di sebalik ujian  virus covid19, ada hikmah disebaliknya.  Jika sebelum ini penghantaran oder Tuhau dari pelanggan untuk sekitar Kota Kinabalu dilakukan sendiri, kini kami menggunakan khidmat Runner agar oder lebih segera sampai.

QueYun QueYunTuhau, tuhau, makanan sabah, sambal tuhau
Sos Tuhau dan Sambal Tuhau sampai ke tangan tuannya.
Untuk makluman anda, oder Tuhau sekitar Kota Kinabalu kami akan membuat penghantaran melalui Runner sepanjang PKP dan akan diteruskan bagi memudahkan dan melancarkan penghantaran oder sampai ke tangan anda.

Terima Kasih RideRunner Sabah, terima kasih Runner Sahrel yang banyak membantu dalam urusan penghantaran oder customer QueYun. 

Di bawah adalah details mereka sekiranya anda memerlukan khidmat Runner di waktu PKP ini.

Page Rasmi : RideRunner
Web Rasmi : www.riderunner.my
Group fb Rasmi : https://www.facebook.com/groups/471809570414829/?ref=share

Selamat berpuasa dan sentiasa kekal di rumah. Jaga kebersihan, Jaga kesihatan.


Thursday, April 30, 2020

PROMOSI SAMBAL TUHAU

0

Sambal Tuhau,  tuhau, canva
Promo Sambal Tuhau
Selamat Hari Pekerja semua. Sempena Hari Pekerja hari ini, QueYun TUHAU membuat harga promosi Sambal Tuhau untuk anda. Hanya sah 01 May 2020 sahaja.

Cara-cara untuk mendapatkan harga promosi ini tekan link di bawah dan boleh submit oder anda.
Tekan link untuk oder: https://queyuntuhau.orderla.my/tuhau

Untuk anda peminat Sambal Tuhau,  jom lah segera oder.


CARA ODER TUHAU

0

Bagaimana cara oder Produk QueYun Brand?

Anda boleh membuat oder melalui link di bawah ini;
Oder Tuhau

Anda tekan link dan paparan akan keluar seperti gambar di bawah ini.
Boleh lah pilih Tuhau apa yang nak dibeli. Sambal Tuhau, Sos Tuhau atau Serunding Tuhau.



Anda boleh klik jumlah pesanan yang dikehendaki dan secara automatik akan diberikan jumlah RM yang perlu dibayar.
Jangan lupa isi details penting anda seperti nama, alamat, no.telefon dan email. Ini adalah untuk tujuan pengiriman pos . Sila pastikan alamat anda  ialah yang terkini agar oder selamat sampai ke tangan anda..


TELEGRAM CHANNEL

0

Kini anda boleh mengikuti perkembangan semasa dari kami melalui Telegram Channel QueYun TUHAU. Boleh klik link ini.

PEMBUAT DAN PEMBEKAL PRODUK BERASASKAN TUHAU DARI SABAH
https://t.me/tuhauqueyun

Link Telegram  Channel ini anda boleh  kongsikan kepada rakan-rakan anda agar mereka juga dapat mengetahui update semasa dari kami.. Terima kasih kepada anda yang menyokong kami dari awal hingga kini.

Alhamdulillah oder dari pelanggan tetap berjalan lancar di waktu PKP ini. Anda kekal berada di rumah dan kami akan kirimkan oder anda. Untuk makluman, kami menggunakan Pos Laju untuk kiriman pos dan Runner RideRunner yang berdaftar bagi penghantaran berdekatan dengan Kota Kinabalu.




Monday, April 20, 2020

BELI TUHAU DI JAMILAH D.I.Y 1 BORNEO

0

QueYun Sambal Tuhau ada di Jamilah D.I.Y One Stop Souvenir 1 Borneo. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),  Jamilah D.I.Y One Stop Souvenir 1 Borneo dibuka setiap hari.

BELI TUHAU DI JAMILAH D.I.Y One Stop Souvenir 1 BORNEO 
Anda boleh membuat pembelian secara online melalui link  di bawah ini;
https://wa.me/601116382567?text=order%20online%20
https://wa.me/60103942567?text=order%20online%20

Boleh follow cara-cara yang ditetapkan oleh pihak Jamilah D.I.Y seperti dalam gambar di bawah ini.


Bagi anda yang berada berdekatan dengan 1 Borneo, boleh lah datang untuk  mendapatkan Produk QueYun. Pastikan kalau nak keluar membeli, pakai lah mask penutup muka dan sentiasa bawa hand sanitizer. 


Sunday, April 19, 2020

BELI TUHAU DI SHOPEE

0

Beli Tuhau di Shopee

Buat peminat Produk QueYun, anda juga boleh mendapatkan Sambal Tuhau Dan Serunding Tuhau di Shopee.

Klik link dibawah untuk tempahan sekarang
1.Sambal Tuhau Bilis
2.Sambal Tuhau Udang
3.Serunding Tuhau Crunchy




Tuhau, sambal tuhau, sambal, QueYun  QueYunTuhau makanan sabah
SERUNDING  TUHAU CRUNCHY 

Tuhau, sambal tuhau, sambal, QueYun  QueYunTuhau makanan sabah
SAMBAL  TUHAU UDANG & SAMBAL  TUHAU BILIS 

Terima kasih tidak terhingga atas sokongan anda terhadap Produk QueYun.
Stay At Home, Stay Safe buat anda semua sepanjang tempoh PKP.😊 


Friday, April 17, 2020

BELI TUHAU ONLINE

0

Atas permintaan dari pelanggan dan peminat produk QueYun, tempahan online dibuka semula sepanjang tempoh PKP ini .
Kiriman pos akan berjalan seperti biasa.

Bagi pelanggan berada sekitar Kota Kinabalu, pihak kami ingin memohon maaf kerana COD masih belum dibuka lagi.

Bagi memudahkan urusan tempahan online anda boleh terus menghubungi kami melalui link WhatsApp dibawah ini;
https://wa.me/60128344348text=BeliTuhauOnline%3F
https://wa.me/60128019875text=BeliTuhauOnline%3F

Senarai Produk QueYun:
1.SAMBAL TUHAU UDANG
2.SAMBAL TUHAU BILIS
3.SOS TUHAU CILI
4.SERUNDING TUHAU CRUNCHY 

Terima Kasih atas sokongan anda terhadap produk QueYun. 



Wednesday, March 25, 2020

BEROPERASI SEMULA SELEPAS PKP

0

Kuih kosong cicah Sambal Tuhau


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan 14 hari lagi.

Untuk makluman semua peminat produk tuhau keluaran QueYun, diketika keadaan sekarang ini,  penghantaran pos serta COD dihentikan buat sementara waktu. In Shaa  Allah akan beroperasi semula bila berakhirnya PKP nanti.

Buat para pelanggan produk QueYun, terima kasih tidak terhingga atas sokongan anda. Ada yang hendak repeat oder dan minta diposkan. Tidak kurang juga yang mahu minta COD di sekitar Kota Kinabalu.  Alhamdulillah, produk QueYun  menepati cita rasa para peminat Tuhau.

Mari kita sama-sama jalankan tangunjawab masing-masing. Patuhi PKP dengan sentiasa berada di rumah. Semoga kita semua sentiasa sihat walafiat dan sentiasa berada di bawah lindungaNYA. Moga akan berakhir cepat isu Covid19 yang sedang melanda dunia sekarang ini.


P/S: Resepi Kuih Kosong kita kongsi di entry lain nanti.


Friday, January 17, 2020

PUSAT PAMERAN & JUALAN IKS SABAH

0

Image may contain: night and outdoor
PUSAT PAMERAN & JUALAN IKS SABAH
Lokasi: SME PRODUCTS CENTER,
Tingkat Bawah, Block C,
 Wisma Tun Fuad Stephens, Karamunsing
Masa Beropersai: 8am - 5pm (Isnin-Jumaat)
Pusat Pameran & Jualan IKS Sabah, satu lagi lokasi di Kota kinabalu, produk QueYun Brand boleh anda dapati. Bertempat di bangunan Wisma Tun Fuad Stephens Karamunsing, Kota Kinabalu.

QueYun, QueYunTuhau, tuhau, lokasi
Produk QueYun Brand ada di sini
Bagi anda yang berada berdekatan bolehlah singgah untuk membeli Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand.  Ada dua jenis Sambal Tuhau yang anda boleh dapatkan iaitu Sambal Tuhau Udang dan Sambal Tuhau Bilis.


QueYun, QueYunTuhau, Tuhau, shoes
kraftangan

Terdapat pelbagai lagi produk yang anda boleh pilih-pilih di sini. Kerepek, biskut, sos, produk kesihatan, pakaian tradisional, kraftangan dan macam-macam lagi. Semua produk merupakan keluaran usahawan tempatan di Sabah.

Apa yang lebih menarik lagi, Pusat Jualan & Pameran Produk IKS ini, ada membuat tempahan hamper/gift bagi yang berminat. Hamper/gift boleh dibuat mengikut bajet yang diminta.


Kredit Pic:BEST Of SABAH (@IK Sabah)