Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Thursday, January 10, 2019

TUHAU

2


TUHAU, QUEUN, QUEUN TUHAU, TUHAU SABAH, SABAH, SABAH FOODS
TUHAU

Kali ini Admin ingin berkongsi sedikit info mengenai TUHAU. Sebelum ini Admin ada berkongsi bagaimana rupa Pokok Tuhau di sini

Tuhau adalah salah satu makanan tradisonal yang sangat popular di Negeri Sabah. Sebut saja Tuhau mesti semua orang akan tahu aroma bau yang kuat pada tumbuhan ini. Ada yang suka dan yang tak suka dengan baunya.

Tumbuhan ini memang sangat banyak tumbuh di Sabah. Kalau anda ke tamu-tamu minggu pasti ada tuhau ini dijual. Biasanya dijual RM1 untuk satu ikat. Ada yang sudah siap dikupas dan ada yang masih lagi berkulit. Untuk yang masih belum dikupas kulitnya, boleh tahan sampai lebih seminggu. Yang sudah siap sedia dikupas tahan hanya dua hari sahaja.

Tuhau ini juga mempunyai bunga dan buah. Yang menariknya bunga dan buah Tuhau tumbuh di permukaan tanah dan ianya boleh dimakan seperti pokok tuhau juga.

Biasanya tuhau ini dibuat sebagai Jeruk sebagai pembuka selera. Isi batang tuhau di tumbuk atau dicincang kasar kemudian campurkan cuka, garam, gula dan cili. Gaul sebati dan boleh dimakan.

Selain Jeruk, ada pelbagai jenis berasaskan Tuhau yang boleh didapati sekarang. Seperti sambal, serunding, pes dan juga sos.


2 comments:

  1. Wah menarik, tak pernah makan Tuhau.

    ReplyDelete
  2. ooo...thanks Q..akhirnya jelas jugak tuhau ni ape..rupanya dia bukan bunga kantan ek..rupanya saja yang seakan2..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.