Wednesday, September 5, 2018

JENIS JENIS SERAI MAKAN

0

Herba ini merupakan salah satu bahan yang selalu digunakan dalam masakan kita. Dalam Produk QueYun TUHAU juga herba ini adalah salah satu bahan yang harus ada.

Ada dua jenis Serai Makan iaitu Serai Kampung dan Serai Peha Ayam. Selalunya mudah didapati di pasar-pasar atau pun di tamu-tamu minggu. Harga cuma RM1 sahaja untuk satu ikat.  Gambar di bawah ini admin ambil semasa berjalan-jalan di tamu minggu Telipok.

Serai Peha Ayam
 Ini ialah Serai Peha Ayam. Kenapa namanya Serai Peha Ayam admin pun kurang pasti. Mungkin juga sebab batangnya atau rizomnya agak gemuk sikit berbanding dengan Serai Kampung.

Serai Kampung
Ini pula Serai Kampung. Rizomnya comel-comel berbanding dengan Serai Peha ayam. Jenis serai ini aromanya lebih wangi dan sedap dicampurkan dalam masakkan.

Serai ini mudah tumbuh sebenarnya. Serai merupakan sejenis tanaman yang tahan kemarau. Kalau ada kerajinan menanamnya lagi bagus. Tanam di luar kawasan rumah pun boleh. Tunggu dalam 8 bulan dapatlah korang hasilnya nanti.


**Kami Pembuat dan Pembekal produk makanan tradisional berasaskan TUHAU. Follow kami @QueYun Tuhau-:FB, INSTAGRAM, GOOGLE PLUS, YOU TUBE. WHATSAPP KAMI : 012 8019875 / 012 8344348**

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.