Sunday, September 2, 2018

CARA MEMBUAT SERUNDING TUHAU

0

Cara Membuat Serunding Tuhau

Admin nak kongsikan dengan anda bagaimana cara-cara membuat Serunding Tuhau. Ada yang belum pernah makan tak makanan ini?..

Bagi anda yang sudah pernah mencuba makanan unik dari Sabah ini pasti tahu rasanya macm mana kan. Kalau nak tahu cara-cara membuatnya boleh tonton video di atas ini.

Cara yang ditunjukan dalam video adalah yang basic. Kalau anda nak kan rasa pedas-pedas, bolehlah campurkan dengan cili. Biasanya akan dicampurkan dengan lada putih. Serunding Tuhau akan lebih wangi dengan aroma lada putihnya dan rasanya lebih sedap.


Lado Topurak
Ini bentuk lada putih yang admin maksudkan. Di Sabah dipanggil Lado Tepurak. Bukan Lada Putih yang bentuk bulat tu ya. Jangan terkeliru pula. Biasanya mudah didapati di pasar-pasar atau pun di tamu-tamu dengan harga RM2 setompok.

Bagaimana pun terpulang dengan citarasa masing-masing. Nak letak lada putih, boleh. Tak mau letak pun boleh. Terpulang dengan anda. Yang penting Serunding Tuhau anda kena goreng hingga betul-betul kering ya.

Selamat Mencuba.

Kredit Pic:https://tanomkinotuan.blogspot.com


**Kami Pembuat dan Pembekal produk makanan tradisional berasaskan TUHAU. Follow kami @QueYun Tuhau-:FB, INSTAGRAM, GOOGLE PLUS, YOU TUBE. WHATSAPP KAMI : 012 8019875 / 012 8344348**

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.