Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Monday, August 20, 2018

PAMERAN PRODUK USAHAWAN TEMPATAN

0

Pameran Produk Usahawan Tempatan yang bertempat di Pacific Sutera Hotel, Sutera Habour Resort, Kota Kinablau Sabah telah diadakan pada 14hb - 15hb Ogos 2018.

Pameran yang berlangsung selama dua hari ini adalah sempena Program Tropical Fruits The Next Golden Crop For Sabah. Telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian Dan Industri Sabah, Dato Junz Wong.

TUHAU, USAHAWAN, MAKANAN, SABAH
Produk Tuhau
Antara produk Tuhau yang ada semasa pameran berlangsung. Seperti biasa produk QueYun yang laku laris ialah Sambal Tuhau. Sentiasa mendapat sambutan dikalangan pelanggan yang datang berkunjung ke booth QueYun.

TUHAU, PAMERAN, LAWATAN PAMERAN, SAMBAL TUHAU
Lawatan Pameran Produk oleh Menteri Pertanian Dan Industri Makanan
Lawatan pameran produk-produk tempatan oleh Yang Berhormat Junz Wong, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Sempat Yang Berhormat mencuba sedikit Sambal Tuhau keluaran QueYun Enterprise semasa lawatan. 

 TUHAU, SAMBAL TUHAU, MAKANAN SABAH, TUHAU SABAH
Lawatan Pameran Produk oleh Menteri Pertanian Dan Industri Makanan
Bergambar bersama dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Makann dan Pengarah Pertanian Sabah, Datuk Idrus Hj. Shafie. Terima kasih Yang Berhormat dan Datuk kerana sudi bergambar dan menyokong produk usahawan kecil ini. ^_^


TUHAU, TUHAU SABAH, SAMBAL TUHAU, MAKANAN SABAH, PERTANIAN
Usahawan dengan produk masing-masing
Antara usahawan hebat yang turut serta dalam pameran. Bergambar bersama dengan Penolong Pengarah Pertanian Seksyen Industri Asas Tani, Puan Zarinah Hj. Ali.

Terima kasih diucapakan buat Jabatan Pertanian Sabah kerana telah menjemput kami untuk menyertai pameran ini.


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.