Featured Post

14 OUTLET PETRONAS DI SABAH | PRODUK QueYun BOLEH DIDAPATI

Sambal Tuhau keluaran QueYun Brand boleh anda dapatkan di outlet-outlet PETRONAS 👇 1. Petronas  Minas Inanam 2. Petronas Minyak Suria Penam...

Friday, April 20, 2018

PELAJAR FAKULTI SAINS DAN PEMAKANAN UMS SABAH

0

Kali ini Queyun TUHAU bersama dengan pelajar tahun akhir dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah. Merupakan pelajar tahun akhir bagi Fakulti Sains Makanan Dan Pemakanan. 

Image may contain: text
Tugasan pelajar UMS
Tugasan pelajar yang diberikan. Indeks Glisemik bagi Makanan Terpilih. Tuhau merupakan makanan tradisional Sabah yang menjadi pilihan pelajar ini. 

Temubual bersama dengan pelajar UMS, Sabah.

Terima kasih kerana memilih QueYun TUHAU. Seronok sebenarnya bersama dengan pelajar ini. Perbualan santai dengan suasana tempat yang juga santai. Semoga info yang kami kongsikan dapat membantu untuk menyiapkan tugasan. 

Image may contain: food, pizza, pizza tuhau
Pizza Tuhau
Kalau sebelum ini Pelajar dari Politeknik Sabah pernah mencuba kuih Cakui cicah Sambal Tuhau. Kali ini, pelajar UMS ini pula berpeluang mencuba Pizza Tuhau. Hah!! korang dah pernah cuba tak..??


Cuba jangan tak cuba. 

Alhamdulillah.. Terima kasih pada adik-adik berdua ini. Sudi cuba Tuhau dari kami. Gabungan rasa Pizza dan makanan tradisional dari Sabah iaitu Sambal Tuhau.

Image may contain: food
Pizza TUHAU. Rasa unik yang HARUS dicuba!!

Terima kasih sekali lagi buat adik Fiona kerana telah memilih kami untuk tugasan tahun akhirnya. Moga berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya nanti. Semoga berjaya dalam pelajaran dan apa juga bidang kerjaya yang akan dilakukan.


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi meninggalkan jejak.